in

Bukan Kebaya Atau Baju Kurung! 5 Idea Outfit Hari Raya Digayakan Dengan Seluar, Simple Tapi Sopan

Setiap tahun pasti ada kelainan baju raya kita tak kisahlah warna berbeza ke, design berbeza atau pemilihan jenis pakaian pun berbeza. Dari baju kurung, ke baju kebaya dan macam-macam lagilah. Orang lelaki tak banyak sangat pilihan macam perempuan tapi of course kalau boleh tak nak pakai baju yang sama je setiap tahun, kan?

Apa kata tahun ini buat kelainan sikit untuk tema baju raya? Bukanlah kelainan sampai hilang ‘feel’ raya tu, cuma kita tweak sikit fesyen waktu raya nanti dan make it casual! Ini 5 idea outfit kasual untuk korang gayakan di Hari Raya nanti. Jangan risau, sebab tetap selesa, simple dan maintain sopan.

 

1. Blouse labuh + seluar

Okay ini sebenarnya yang paling simple tapi memang sopan. Blouse labuh yang panjang sampai paras lutut atau buku lali memang nampak cantik kalau kita pakai tak kiralah untuk occasion apa sekali pun, termasuklah Hari Raya.

Kalau nak nampak menyerlah bolehlah mix and match warna blouse tu dengan seluar korang. Contohnya blouse labuh warna putih, seluar warna merah jambu ke, beige ke atau kalau nak striking pakai seluar warna neon. Memang korang nampak ayu dan sedap mata memandang.

 

2. Cardigan + seluar/jeans

Kalau kita cuba bayangkan macam kurang sopan dan tak ada tema raya, betul tak? Tapi, admin ada idea macam mana nak bagi dia ada ‘feel’ raya walaupun cardigan.

  • Tips 1 – Korang kena make sure cardigan tu bukan yang fit dan ketat bila pakai. Kena gayakan cardigan yang loose.
  • Tips 2 – Cardigan tu yang ada corak nampak ala-ala Raya. Contohnya batik tak kiralah batik Terengganu tu ke, batik Indonesia ke tapi yang penting material selesa/tak panas sangat.

 

3. Kurta/Batik shirt + jeans

Rasanya untuk lelaki memang ini gaya yang paling mudah, simple dan cepat. Boleh tempah atau beli je kurta yang korang suka lepas tu masa Hari Raya boleh gayakan dengan khaki pants atau jeans favorite korang. Tak semestinya seluar yang ketat, kalau loose sikit pun stylo!

Walaupun kita dah biasa nampak lelaki pakai baju kemeja batik ke mana-mana terutamanya untuk pergi majlis kahwin, why not make it your baju raya kan? Pair kan baju kemeja batik tu dengan khaki pants atau any kind of seluar or jeans.

 

4. Baju kurung/Baju kebaya + seluar/jeans

Rasanya idea outfit yang ni dah ramai cuba gayakan, betul tak? Korang pernah try tak? Cubalah, cantik tau. Baju kurung tu kalau kurung kedah tapi jenis longgar-longgar sikit memang nice untuk pair dengan seluar. Boleh jadi outfit keluar jalan, pergi dating atau ke tempat kerja.

 

5. Blouse plain + seluar corak batik

Beli kain batik sarung dan hantar dekat tailor minta jahit jadi seluar atau baju. So, korang boleh padankan dengan anything plain. Contohnya kalau pakai blouse plain boleh padankan dengan seluar corak batik tu.

Tapi, kalau nak kelainan atau tak minat pakai plain korang boleh je terus tempah one set baju + seluar guna kain corak yang sama. Kalau bukan time raya pun, boleh mix and match dengan baju atau seluar yang lain.

Siapa kata tak boleh pakai seluar atau jeans for Hari Raya. Mungkin sebab sejak turun terumun memang tradisi kita pakai baju melayu, baju kurung waktu raya. Tapi, tidak semestinya kita tak boleh buat kelainan kan? Kalau korang suka dengan outfit ideas ni, bolehlah cuba gayakan untuk raya tahun ini!

Which outfit is your favorite? Admin suka yang first tu sebab longgar, tak panas dan sangat selesa untuk kita buat kerja dekat dapur waktu raya. Kalau nak lebih ons dan selesa boleh pair kan dengan jeans daripada Levi’s yang terbaru ni: Cool Eco Performance. Apa tu?

Levi’s Cool Eco Performance ni direka khas menggunakan material fiber yang breathable. Fabrik yang digunakan tahan lama, ada teknologi hilangkan kelembapan dan membuatkan pemakai sentiasa rasa cool. Yela, cuaca Malaysia yang tak berapa nak sejuk ni buat kita mudah berpeluh apatah lagi bila Hari Raya tu kita buat macam-macam kerja, ke hulur ke hilir bila ada tetamu.

 

Sumber: summershopmy
Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest
Sumber: Sue Idris
Sumber: ftnshc
Sumber: Sue Idris
Sumber: Pinterest