Sehari dua ni kecoh apabila didakwa sekeping sijil perceraian menunjukkan Ratu Moscow 2015, Rihana Oksana Gorbatenko, 26 sah diceraikan talak tiga.
Memetik Astro Awani, siji perceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan yang penceraian tersebut dapat kelulusan dari Mahkamah Syariah.
Laporan itu juga menyatakan yang sijil perceraian itu didaftarkan pada 1 Julai selepas proses cerai Rihana bertarikh 22 Jun di Singapura.
Rihana yang juga seorang model melangsungkan perkahwinan pada Jun 2018 dengan cukup meriah dan kemudiannya melahirkan seorang bayi lelaki pada 21 Mei 2019.
Sebelum ini portal antarabangsa Mirror pada Januari ada menyebut mengenai pergolakan perkahwinan Rihana dan katanya dalam proses penceraian.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan bapa Rihana, Andrey Gorbatenko.
Selagi benda belum disahkan kita doakan yang baik-baik okay.