Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri membuka bidaan jam tangan Rolex kesayangannya bermula Isnin lalu.
Menerusi hantarannya, jam tangan mewah yang dihadiahkan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz itu dibuka bidaan bermula RM40,000 dan hasil jualan akan disalurkan kepada dana Palestin.
Dalam pada orang ramai yang berminat sedang membida jam tangan mewah itu, ada juga yang mempersoalkan hukum bidaan tersebut.
Artikel berkaitan: “Harga tapak RM 40K” – Dr Zulkifli Lelong Jam Tangan Rolex Pemberian Raja Saudi Untuk Derma Ke Palestin
Artikel berkaitan: Anak Dr Zulkifli Dapat Biasiswa MAIWP Pergi Jordan Tapi Ramai Netizen Persoal?
Seorang pengguna aplikasi X meninggalkan komen, “halal rupanya buat bidaan” dalam hantaran bidaan Dr Zulkfli.
Menjawab komen tersebut, Dr Zulkifli menjelaskan jam Rolex miliknya yang dibuka untuk bidaan adalah harus iaitu dipanggil bay’ muzayadah.
Kata beliau, Rasulullah SAW juga pernah membuka bidaan melibatkan pelapik tunggangan dan bekas atau mangkuk makanan miliknya.
“Ada yang letak satu dirham, ada yang letak dua dirham. Baginda SAW bagi kepada yang bida dua dirham.
“Ia harus selagi tidak berlaku penipuan seperti bay’ najash,” katanya ringkas.
Ia dipanggil bay’ muzayadah. Rasulullah SAW pernah buka bidaan untuk pelapik tunggangan dan bekas/mangkuk makanan miliknya. Ada yang letak 1 dirham. Ada yang letak 2 dirham. Jadi, Baginda SAW bagi kepada yang bida 2 dirham. Ia harus selagi tak berlaku penipuan seperti bay’… https://t.co/euJ1vHbxFw
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) November 1, 2023
Pagi tadi, Dr. Zulkifli telah mengumumkan jam tangan tersebut berjaya menemui pemilik baharu di mana pembeli ini membuat bidaan sebanyak RM135,000.
Difahamkan, beliau akan berjumpa dengan pembeli baharu pada hari ini untuk menyerahkan jam tangan Rolex itu.
Semoga dengan jualan itu berjaya disalurkan kepada dana Palestin.
Sumber: X