Chef selebriti terkenal, Profesor Datuk Zamzani Abdul Wahab atau Chef Zam dikecam teruk berikutan dengan satu hantarannya yang telah menarik perhatian warganet berkenaan dengan perihal waktu pulang pekerja khususnya buat umat Islam sepanjang bulan Ramadan ini.
Dalam hantaran tersebut, Chef Zam mempersoalkan mereka yang ingin pulang awal sejam (4.30pm) sedangkan waktu berbuka puasa 7.29pm (sekitar Lembah Klang).
Artikel berkaitan: Dikritik Chef Zam Sebab Jual Nasi Lemak ‘Add On’ Sambal, Ini Penjelasan Bungkus Kaw Kaw
Artikel berkaitan: Chef Ammar Tutup Bazar Cawangan USJ 4 Sebab Kena Sihir?
“Waktu berbuka 7.29pm. Yang ko menggeletis nak balik dari tempat kerja 4.30pm tu apasal pulak? Nak memasak untuk catering business ke?”

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian kami, hantaran yang dibuat menerusi Threads itu telah dipadamkan, bagaimanapun ia telah mengundang kemarahan netizen dengan menyifatkan Chef Zam sebegai seorang yang tidak sensitif.
Malah ada yang bengang sehingga membandingkan Chef Zam yang berbangsa Melayu dengan majikan mereka yang berbangsa Cina tetapi tidak mempertikaikan isu ini.

Waktu bekerja di bulan Ramadan mengikut Akta Kerja 1955
Sekadar info, berdasarkan Akta Kerja 1955, Seksyen 60A, undang-undang telah menetapkan bahawa:
- Setiap pekerja dilarang bekerja melebihi 5 jam berturut-turut tanpa rehat.
- Rehat minimum yang sah ialah sekurang-kurangnya 30 minit.
Ia bermakna waktu rehat yang ditetapkan itu boleh dipendekkan kepada 30 minit, dan ia masih sah di sisi undang-undang selagi ianya tidak kurang daripada had minimum tersebut.
Sumber: Threads, mStar, edubestari.com
