in

Budak Lelaki Gian Porno Rogol Adik 4 Tahun, Ugut Beri Skittles Untuk Rahsiakan Dari Ibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa nak jadi dengan dunia sekarang? Belum akil baligh lagi dah mula buat perkara terkutuk. Lebih teruk lagi buat hal ini dekat adik sendiri. Ish ish ish…


Menurut Daily Mail UK, seorang budak lelaki berusia 12 tahun telah merogol adik tirinya yang berusia empat tahun ketika mereka bermain nyorok-nyorok. Keji kan?

Gambar Hiasan

Sudahlah rogol adik sendiri, lepas tu diugutnya pula untuk rahsiakan dari pengetahuan ibu mereka dengan memberinya Skittles.

Gambar Hiasan

Menurut ibunya, perbuatan keji abangnya terbongkar apabila anak perempuannya sendiri mengadu akan perbuatan abangnya kepada si ibu seminggu kemudian.

Katanya lagi, anaknya menceritakan secara terperinci akan kejadian yang berlaku, dimana kali pertama dia dirogol dan kali kedua dia dicabul secara seksual.

Adoi si abang. Kenapa la tergamak buat macam tu kat adik.

Abangnya kini telah mengaku bersalah atas pertuduhan merogol sekitar bulan Januari hingga Ogos tahun lepas di Mahkamah Belia Brighton.

Sumber: Daily Star UK

Menurut Hakim Daerah, Teresa Szagun, selepas disiasat si abang memiliki telefon bimbit yang di dalamnya penuh dengan pornografi. Padanlah. Ni mesti terikut-ikut lepas tonton.

“Budak lelaki tu sekarang sedang melalui proses penilaian psikologi untuk melihat sama ada dia boleh membezakan antara benar atau salah,” ujar Teresa Szagun.

Hukuman terhadap pesalah sekarang dalam proses penilaian sama ada dia menimbulkan risiko kepada orang awam dan patut dipenjarakan. Sayangnya kalau dipenjarakan. Dah lah masih muda.

Sebab itulah ibu-bapa memainkan peranan penting. Sentiasa pantau gerak geri anak-anak dan tapis apa yang mereka lihat dalam telefon.

Baca: Remaja 13 Tahun Mengandung 7 Bulan Selepas Dirogol Abang Sulung Berusia 16 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.