in

Budak Lelaki 3 Tahun Diserang Strok Selepas Dapat Jangkitan COVID-19

Untitled Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun, Colt Parris dilapor mengalami serangan strok setelah dijangkiti COVID-19.



Memetik laporan Metro UK, doktor yang merawat mangsa mengesyaki serangan tersebut dicetuskan oleh jangkitan COVID-19 yang telah menjejaskan fungsi otak kanak-kanak malang tersebut.

Kedua-dua ibu bapanya, Sara dan Tim Parris dikatakan mengesan sesuatu yang tidak kena pada anak mereka apabila percakapan Colt tidak jelas selain dia turut tidak dapat menggerakkan anggota bahagian kanan tubuhnya.

1 7

Selepas dibawa ke hospital, doktor mengesahkan Colt mengalami serangan strok. Pemeriksaan lanjut mendapati, kanak-kanak itu mengalami kekurangan bekalan oksigen di bahagian otak kirinya dan perlu menjalani pembedahan untuk membuang ketulan darah beku di kepala.

Doktor yang merawat Colt percaya serangan tersebut mempunyai kaitan dengan jangkitan COVID-19 yang telah didiagnos pada kanak-kanak itu sebelum ini, kerana virus tersebut memiliki kecenderungan untuk membentuk ketulan darah beku.

Justeru beliau menasihatkan ibu bapa agar sentiasa berwaspada sekiranya anak mereka dijangkiti virus tersebut dan sentiasa memerhatikan sekiranya wujud tanda-tanda penyakit serius.

 

Baca: “Tak sampai 10 Minit!” – Kanak-Kanak 2 Tahun Disahkan Positif Covid Lepas Main Selimut Bekas Pesakit

Capture 26

Sumber: Metro UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.