in

Budak Di Singapura Curi-curi Pandu Bas Lebih 100 Kilometer!

F1 Budak Dikatakan Curi Curi Pandu Bas Di Singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh di media sosial dalam kalangan warganet Singapura gara-gara seorang budak lelaki dikatakan telah curi-curi pandu sebuah bas persendirian di negara itu sejauh 100 kilometer.


Menurut Mothership.sg, budak lelaki yang tidak didedahkan umurnya itu telah curi-curi masuk ke dalam sebuah bas persendirian yang dimiliki oleh syarikat A&S Transit dan dia telah memandu kenderaan besar itu selama lebih kurang lima jam pada waktu pagi.

Budak Curi Curi Bawak Bas

Difahamkan, budak tersebut telah memandu bas itu merentasi Tampines, Bedok, Pasir Ris dan Punggol.

Gambar budak tersebut ketika kejadian difahamkan sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di dalam bas itu.

Gambar-gambar berkenaan telah dimuat naik di Instagram sebelum tular.

Tindakan budak itu memandu bas akhirnya terhenti apabila dia dilihat dalam salah satu gambar bahawa dia telah bersama dengan pihak polis.

Budak Bawak Bas

Menurut perkongsian seorang individu di Instagram, bahagian luar bas ada sedikit tercalar akibat dipandu curi-curi oleh budak lelaki itu.

Menurut pihak media di negara itu juga, kejadian tersebut telah disahkan sendiri oleh pihak polis di mana pihak mereka telah menerima laporan kecurian bas pada 12 April pada jam 12.04 pm.

Buat masa ini, budak lelaki itu sedang membantu siasatan dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Walau bagaimanapun, ramai juga netizen negara itu yang kagum dengan kemahiran memandu budak tersebut kerana bukan sahaja tiada kecederaan yang berlaku, malah budak itu juga tidak terlibat dengan kemalangan besar.

2

1

Satu-satunya kerosakan yang dapat dilihat ialah calar-calar dan kemek pada bahagian luar bas.

Nampaknya budak ni lagi power memandu dari min. 

Sumber: Mothership.sg

Baca: Main Telefon Sambil Memandu, Polis Minta Pemandu Bas Serah Diri

Main Telefon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.