Macam-macam kes sekarang ini yang melibatkan soal kanak-kanak. Berbeza dengan zaman kanak-kanak sebelum ini yang hanya pandai main batu seremban. Tapi kalau budak zaman sekarang, macam-macam dorang tahu yang belajarnya entah dari mana. Kannnn!
Seperti luahan wanita ini apabila dia terkejut selepas lihat hasil ‘lukisan’ budak yang baru berumur 8 tahun. Menurut Maryam Aziz, kisah ini terjadi dekat anak saudaranya sendiri.
Gambar ini adalah colouring book milik anak saudara perempuan saya. Katanya, kawan sekelasnya (lelaki) yang lukis.”
Pada mulanya, anak saudara wanita tersebut bawa buku warnanya ke sekolah. Pulang sahaja dari sekolah, dia terus tunjukkan buku itu kepada ibunya. For sure, ibu budak itu terkejut apabila lihat ‘hasil’ lukisan yang dilukis sendiri oleh rakan sekelas anaknya itu. Weyyyy…. Apa yang memeranjatkan apabila budak itu baru je darjah 2! Baru darjah 2 dah pandai bab-bab ni??!!
Difahamkan ibu kepada budak lelaki itu bekerja elok namun tak pasti bagaimana latar belakang keluarganya. Daripada gambar-gambar yang dikongsi ini, kita boleh nampak betapa jauhnya ‘pengetahuan’ budak lelaki tersebut tentang perkara-perkara seperti ini. Kata Maryam lagi, isu ini pasti akan dipanjangkan kepada ibu bapa budak lelaki itu. Yess!
Dalam perkongsian Maryam jugak, dia mempersoalkan dari mana sebenarnya budak itu tahu mengenai perkara seperti ini. Dalam pada itu juga, dia turut menasihatkan ibu bapa kat luar sana supaya sentiasa alert dengan aktiviti anak-anak mereka, serta pantau apa sahaja cerita yang mereka tonton dekat tv, internet dan apa-apa bahan bacaan mereka. Yup betul tu!
Dari mana agaknya budak ni tahu benda-benda macam ni.. Dunia sekarang makin bahaya. Harap ibu bapa kat luar sana pantau habis-habisan segalan aktiviti anak-anak mereka untuk elakkan benda-benda yang tak elok jadi kelak!