in

“Budak bukan lawan kau!” – Ahli Keluarga Dedah Anak Hidayah Disihir Sejak Bayi?

Hamzah Tangan Tak Kuat Saraf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, isteri Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah Mohd Ali ada memaklumkan mengenai keadaan dirinya dan anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey atau Hamzah telah dibelenggu sihir sejak dari lepas kematian arwah lagi.

Dia juga menerusi satu perkongsian di Instagram telah meminta bantuan mana-mana pakar perubatan Islam untuk membantu mengubati masalah yang dihadapinya itu.


https://www.instagram.com/p/CqiQxdMDlNk/

“Sekarang nak makan pun pegang sudu terjatuh” 

Namun tak cukup dengan itu, bapa saudara kepada Hamzah yang juga abang Hidayah, Mohd Azmier telah mendedahkan hal ini dengan lebih lanjut di Facebook.

Menurut Azmier, anak saudaranya kini mengalami masalah di tangan kanannya sehinggakan sudu yang dipegang ketika hendak makan terjatuh.

Hamzah Hidayah

Mana ayahjang tak sedih tengok keadaan ucuk, biasa tangan kanan sihat sekarang nak makan pun pegang sudu terjatuh. 

“Hilang selera ayahjang tengok keadaan ucuk kesayangan ayahjang, sanggup kau buat anak ayah… saber ya sayang, ayahjang akan usaha sihatkan ucuk untuk ucuk sihat boleh menulis dan melukis memegang macam biasa…

“Orang yang sihir anak ayahjang ni akan terima balasan Allah & binasa,” katanya.

“Hantar sihir cuba nak sakitkan urat saraf ucuk”

Azmier juga mendedahkan yang Hamzah atau lebih mesra digelar Ucuk itu telah diganggu dengan sihir sejak dia bayi lagi sehingga kanak-kanak itu tak lena tidur, kerap menangis dan asyik keluar masuk hospital.

Hamzah juga katanya baru saja keluar dari hospital pada 1 April lepas dan doktor katanya sampai tak tahu sakit apa yang dialami anak saudaranya itu.

“Kau sanggup buat dia macam ni, selama ni aku diamkan sahaja tapi sekarang aku dah tak sanggup tengok keadaan ucuk aku.

“Kau asyik hantar-hantar sihir budak ni sihat je, kau hantar lagi sihir dan hantar sihir cuba nak sakitkan urat saraf ucuk aku pulak. Sampai berbuih mulut dia kau buat, sekarang aku dah tak boleh tahan dengan kau.

“Selama ni aku diam je, tak nak bagitau pada sesiapa, tapi kau dah melampau sanggup buat pada budak yang tak tahu apa-apa, memang kau tak ada tel*r! Pengecut!

“Budak bukan lawan kau! Dengan budak ko berani la sihir-sihir, mari sini kau! Berlawan dengan aku! Apa yang kau nak sebenarnya ya penyihir!!” tulisnya lagi.

Azmier juga berkongsi video keadaan tangan Hamzah yang dilihat terketar-ketar ketika memegang sudu untuk makan.

https://www.facebook.com/mohd.azmierzmier/posts/pfbid02j3gPpyi6Naqs7dDuCbSxY1y9qWBLDGa3iD4EDgrbK6pAwsFo9cnmaDHu6hC9S7DXl?mibextid=ykz3hl

 

Dia juga pada masa yang sama memohon bantuan para pakar perubatan Islam untuk merawat adik dan anak saudaranya dan merungkaikan siapakah penyihir yang sanggup berbuat demikian kepada keluarganya.

Diharapkan keluarga Hidayah bersabarlah dengan dugaan menimpa dan semoga Hamzah cepat sembuh. 

Baca: “Ia berlarutan sehingga kini” – Hidayah Dakwa Disihir Sejak Kematian Abam Bocey

Hidayah

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.