in

Buat Pinjaman Beli iPhone Guna MyKad Orang Lain, Suspek Ditahan JPN

2mykad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun ditahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas disyaki menggunakan MyKad milik individu lain untuk membuat pinjaman bagi pembelian telefon pintar.

Memetik laporan Malaysia Kini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata penahanan itu dilakukan hasil tindakan pantas JPN susulan aduan seorang individu yang menyedari identitinya telah disalahgunakan.


Screenshot 2025 03 09 at 1.54.24 PM

Mangsa, yang pernah kehilangan MyKad beberapa tahun lalu, terkejut apabila mendapati ada rekod pembelian iPhone 16 Pro Max 1TB menggunakan pembiayaan pinjaman di sebuah kedai di Cheras. Susulan itu, dia segera membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana mengesyaki MyKad miliknya telah diklon.

Berdasarkan siasatan JPN, suspek berjaya dikenal pasti dan ditahan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Pemeriksaan badan ke atasnya turut menemukan sekeping lagi MyKad yang disyaki palsu.

Screenshot 2025 03 09 at 1.52.59 PM

Kes kini disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) dan Peraturan 25(1)(o) di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana memiliki MyKad orang lain serta menggunakan dokumen pengenalan diri palsu.

Baca: “Sedang dijual dalam ‘dark web’” – Data MyKad 17 Juta Rakyat Malaysia Didakwa Bocor?

Screenshot 2025 03 09 at 1.56.20 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.