in

Buat Perangai Tak Senonoh Dekat Dobi, Datang Minta Maaf

Dobi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tampil untuk minta maaf


Haa… Lepas dah viral video sekumpulan budak yang kurang ajar, buat perangai tak senonoh dan curi pakaian dekat dobi layan diri baru-baru ni tampil untuk meminta maaf kepada pengurus dobi tersebut dan orang ramai.

Capture 20181020 112314
Sumber: Berita Harian

Janji takkan ulang perbuatan tak senonoh tu lagi

Menurut Berita Harian, Abdullah Mappiare, pengurus dobi layan diri tu dah anggap perkara ni selesai. Budak-budak tu pun dah menyesal dan berjanji takkan mengulangi perbuatan tak senonoh tu lagi. Menurutnya lagi, budak-budak tu datang ke premisnya petang semalam dan memohon maaf atas perbuatan mereka. Macam ni la bagus, dah buat silap terus datang minta maaf, timbul kesedaran dan tak malu nak minta maaf kalau tahu buat silap. Syabas! 

44349826 2470566499635323 699050612263747584 N
Sumber: Facebook

Dah banyak kali berlaku perkara sebegini…

Katanya, dia selalu je terserempak dengan budak-budak ni dan dah bagi amaran tapi tak diendahkan langsung. Selepas kejadian, dia pun tak mahu panjangkan lagi isu ni dan berharap sangat  orang ramai terus menyokong kedai dobinya. Walaupun perkara macam ni dah banyak kali berlaku, pengurus dobi ni tetap memaafkan budak-budak ni. Mulia dan sabarnya dia.

Perlu diberi didikan agama

Menurutnya di status Facebook, anak-anak ini baik, cuma mungkin nasib mereka tak sama dengan kita dan mereka harus di didik dan diberi pendidikan agama yang baik. Pengurus dobi ini juga berharap budak-budak ini tidak dihukum dan ditindas oleh masyarakat.

Dalam kita berniaga ni mesti bermacam-macam dugaan. Mungkin perkara seperti ni dugaan untuk pengurus dobi dalam berniaga, tapi kita sebagai pengguna dobi dan masyarakat yang bermoral, boleh la jadikan perkara ni sebagai satu pengajaran dan admin harap kita semua tak buat benda tak senonoh macam ni ye!

Baca: “Kurang ajar!” – Budak-budak Buat Perangai Tak Senonoh, Kencing & Curi Pakaian Dekat Dobi

Budak Tak Senonoh 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.