in

Buat Kapsyen ‘Hari Ini Crush Buat Homework’ di TikTok, Abang Bas Sekali Lagi Dihadap Ke Mahkamah

abang bas crush homework didakwa lagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Abang Bas sekali lagi dihadap ke mahkamah hari ini atas pertuduhan menggunakan aplikasi TikTok dengan menghantar kapsyen dan komen jelik dalam videonya pada bulan ini.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dikemukakan di Mahkamah Sesyen Batu Pahat.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan TikTok dengan nama akaun ‘Abang Bas’ yang secara sedar membuat dan menghantar komen bersifat jelik terhadap video seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dengan kapsyen ‘hari ini crush buat homework’ diikut tanda ‘love’ sambil memerhatinya.

GWsn7h9XoAABUqe 1

Artikel berkaitan: Keluarga Lancar Tabung Bayar Ikat Jamin RM30K, Ramai Pengikut Abang Bas Nak Bantu

Artikel berkaitan: “Emak rindu abang bas” – Kakak Luah Perasaan Ibu, Rumah Jadi Sunyi Tanpa Gurau Senda Abang Bas

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama dengan denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan seterusnya, denda RM1,000 bagi setiap kesalahan selepas yang disabitkan.

Selepas rayuan dan hujahan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan menetapkan 10 Oktober ini untuk sebutan semula bersama-sama kes dihadapinya di Mahkamah Sesyen Muar.

Selasa lalu, Abang Bas didakwa dua pertuduhan iaitu membabitkan amang seksual fizikal serta memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual.

Abang Bas kini berhadapan tiga pertuduhan secara keseluruhan termasuk dua daripadanya di Mahkamah Sesyen Muar dengan keseluruhan ikat jamin RM40,000 dikenakan terhadapnya.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.