Awal pagi tadi, sekumpulan pegawai kerajaan termasuk ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah didakwa telah ditahan oleh pihak polis selepas serbuan dilakukan di sebuah pusat hiburan di Damansara.
Penangkapan ini telah disahkan oleh Naib Presiden Bersatu, Datuk Abdul Rashid Asari, lapor Awani.
Turut dikatakan bukan saja 11 pegawai kerajaan ditahan malah enam wanita lain yang dijemput untuk turut hadir ke parti ini turut ditahan.
Dikatakan juga, ujian air kencing yang dilakukan ke atas semua yang ditangkap itu disahkan positif dadah namun belum disahkan dadah jenis apa.
Beberapa pegawai kerajaan yang ditangkap ini termasuklah beberapa pegawai khas dari pejabat-pejabat Perdana Menteri, Kementerian Belia & Sukan serta Kementerian Dalam Negeri.
Pun begitu, menurut NST, Adhif telah menafikan perkara ini dan mengatakan ketika serbuan berlaku dia ada di rumahnya sendiri di Puchong. ADUN Dengkil ini berkata dia akan membuat laporan polis berhubung tuduhan ini.
Namun sehingga kini, pihak PDRM masih belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penangkapan ini.