Ingatkan bila berkolaborasi dengan artis popular boleh menjana keuntungan berlipat kali ganda tapi sebaliknya pula berlaku.
Bukan sahaja terpaksa menanggung hutang berjumlah kira-kira RM300,000 malah lelaki ini turut diburu 35 ah long sehingga mengancam nyawanya.
Buat bisnes kerjsama dengan Zain Saidin tapi…
Kisah malang ini terjadi kepada bekas peserta Pencetus Ummah musim kedua, Warren Fernandez yang menjalankan perniagaan dan kerjasama dengan pelakon Zain Saidin.
Business tak menjadi dan hanya bertahan selama setahun sahaja, sebelum terpaksa tamatkan operasi pada Jun 2019, lapor mStar.
Warren atau nama islamnya, Adam Warren Fernandez Abdullah turut kongsikan kisah ini di facebooknya, dia tidak menyalahkan sesiapa malah dia telah redha dengan ketentuan yang ditetapkan oleh-NYA.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10220561126675874&set=a.1195866894555&type=3&theater
Warren berkata kerjasama dia dan Zain bermula selepas dia diperkenalkan dengan pelakon itu oleh kenalannya.
Katanya pada awalnya dia tidak nampak kerjasama yang boleh dijalinkan tapi selepas beberapa kali berbincang, kerjasama diteruskan atas dasar percaya, malah tiada sebarang bentuk perjanjian atau hitam putih pun.
Mengikut perjanjian kerjasama itu…
Saya buka kedai gunting rambut dan Zain akan buka kedai kasut Zapatos termasuk beg tangan yang dijual Che Ta (Rozita).
“Malah Zain juga akan uruskan segala bahagian yang melibatkan marketing dan exposure”
“Sewa kedai RM15,000, ubah suai kedai RM100,000 semua modal dari saya” – Warren
Warren berkata Zain tak keluarkan modal kewangan bagi perniagaan bersama mereka itu, yang terletak di Kota Damansara.
“Sewa kedai cecah RM15,000 sebulan, mula-mula saya sangsi nak sewa kat situ tapi Zain dan rakannya yakinkan saya yang mereka mampu berbekalkan marketing yang baik”
“Mereka minta ubah suai kedai hingga kos cecah RM100,000. Waktu itu saya dah habis banyak duit, semua modal saya sendiri”
“Kerja ubah suai ambil masa lebih dua bulan dari tarikh sepatutnya, jadi saya terpaksa pula tanggung kos bayar gaji pekerja”
Warren berkata dia cuba dapatkan bantuan kewangan daripada Zain, namun tak berhasil sebaliknya Zain kata…
Tugasnya hanya untuk pastikan pelanggan datang ke kedai. Tapi apa yang saya nampak adalah sebaliknya. Ada seorang dua sahaja artis yang datang…tapi masih tak membantu”
Disebabkan terbeban dengan hutang, Warren berkata dia melibatkan diri dengan ah long.
Malah katanya, Zain tahu yang dia ada pinjam duit dari ah long cuba tidak tahu berapa jumlahnya.
Zain enggan ulas, kata ia hal peribadi
Bagaimanapun Wareen berkata, dia tak letak apa-apa kesalahan pada Zain kerana mengakui yang kegagalan itu adalah berpunca dari kesilapannya sendiri.
“Sepanjang perniagaan ni beroperasi, saya hanya mampu raih sekitar RM5,000 sahaja sebulan.”
Namun Warren berkata dia bersyukur, semua masalah itu telah diselesaikan dengan bantuan ahli keluarganya.
Zain pula enggan mengulas mengenai perkara itu dan menyifatkan ia sebagai hal peribadi.
Baca : Pernah mimpi dikelilingi api- Mak Nyah Ziana Zain Berubah Lepas Dapat Mimpi