Pejam celik dah masuk raya kelima kan?
Dalam pada kita semua masih terngiang-ngiang keseronokan balik ke kampung halaman masing-masing pada musim perayaan ni, ada pulak kisah tak seronok yang dikongsikan pengguna media sosial.
Seorang pengguna Twitter, @arjunahashim baru-baru ini berkongsi beberapa keping gambar yang tak berapa sedap mata memandanglah kiranya — menunjukkan bahu jalan di sebuah lokasi dicemari sampah sarap yang dibuang oleh pengguna jalan raya.
Meskipun pengguna Twitter tersebut tidak membabitkan pemandu dari mana-mana negeri secara jelas, namun rata-rata komen dan respon yang ditinggalkan netizen mendakwa sampah sarap tersebut dibuang oleh warga perantau yang mahu kelik ke sebuah negeri di bahagian timur tanah air.
Alamak, betul ke gini perangai pemandu kita? Wak malu ko ore jah.
Tak kisahlah dari mana pun kita semua berasal, kebersihan alam sekitar tu kan tanggungjawab kita bersama?
Bila jadi macam ni, kan dah jadi umpama kerana nila setitik rosak susu sebelanga.