in

Boss Mydin Dedah ‘Kisah Kotor’ Disebalik Kemelut Bekalan Telur Ayam

bekalan telur mydin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin berkata kemelut mengenai bekalan telur ayam Malaysia boleh diselesaikan jika kerajaan memansuhkan harga siling bagi barangan tersebut.

Tambahnya lagi, sekiranya tiada penetapan harga siling tersebut, ia akan menamatkan ‘permainan’ harga yang dimainkan oleh sesetengah pembekal yang biasanya menggunakan taktik ‘kotor’ untuk menangani mekanisme kawalan harga pihak berkuasa semasa musim perayaan.


Menurutnya, sekiranya harga telur ayam di seluruh negara kembali stabil, kerajaan akan membenarkan kuasa pasaran untuk menentukan harga dan bukannya melaksanakan harga siling.

FkDnnYTagAAIe5M

Pun begitu, menurut ‘boss’ Mydin berkenaan lagi, kerajaan tidak perlu bimbang dengan kenaikan harga kerana berdasarkan pengiraan, ia hanya akan naik antara lima dan tujuh sen.

Selain itu, ia juga akan menghentikan kawalan harga oleh pembekal, yang telah diketahui mengenakan caj tambahan untuk mendapatkan telur mereka.

“Kalau stok daripada pembekal tempatan mencukupi, kita tak perlu lagi import (telur) dan mengharapkan situasi menang-menang untuk semua”

Tambah Ameer lagi, setiap kali skim kawalan harga dilaksanakan, ekonomi ‘bawah tanah’ akan muncul dan pihak kerajaan mungkin tidak sedar akan perkara ini. Contohnya, jika harga sebiji telur ditetapkan pada 45 sen, tidak mungkin peniaga boleh membelinya pada harga itu, ia biasanya akan dijual dengan lebih mahal.

Selain itu, boss Mydin berkenaan turut mendedahkan bahawa hanya mereka yang sanggup untuk membayar (harga mahal) akan menerima bekalan mereka dari pembekal.

tr05 20102022 bekalan telur 2823455 20221216125118

Walaupun invois mencatatkan harga yang sama, tetapi pembekal akan menggunakan alasan kos lain untuk mengenakan cas tambahan seperti cas pengangkutan, penghantaran dan sebagainya.

Pada masa ini, telur ayam Gred C tempatan dijual pada harga 41 sen sebiji manakala telur Gred A dijual pada harga 45 sen sebiji. Sementara telur ayam yang diimport dari India dijual pada harga 50 sen sebiji, jauh lebih tinggi daripada telur Gred A walaupun saiznya lebih kecil berbanding Gred C.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan mengimport antara dua hingga 10 juta telur sehari untuk memenuhi permintaan dalam negeri dan mengawal harga.

Beliau berkata import itu bermula pada 15 Dis, dengan kemasukan 100,000 telur.

Mengulas mengenai bekalan telur import yang diterima Mydin, Ameer berkata mereka kini hanya mempunyai simpanan yang mencukupi untuk dijual melalui cawangan Subang Jaya dan bekalan selajutnya dijangka diperolehi minggu hadapan.

Sumber : NST

Baca : Terdedah Kepada Salmonella, Ini Sebab Kenapa Telur Ayam Tidak Perlu Dibasuh

cara simpan telur yang betul

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.