in

“Bonda minta maaf” – Ini Respon Prof Muhaya Lepas Video Suruh Pesakit Stop Makan Ubat Anxiety Tular

Screenshot 2021 01 21 at 1.41.15 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, agak kecoh di Twitter apabila video penceramah terkenal, Prof Muhaya memberi nasihat kepada pesakitnya tular.

Dalam video tersebut, Prof Muhaya meminta agar orang yang ada anxiety untuk berhenti ambil ubat dan jangan percaya sebaliknya sentiasa fikir yang diri sendiri sihat dan ucap “auzubillah” bila rasa nak marah.


BH 20180907 NHMUHAYA 3554141

Stop the medication! Jangan percaya.”

Kenyataannya ini telah mengundang kecaman netizen yang rata-ratanya tak setuju dengan apa yang disampaikan oleh pakar mata ini lebih-lebih mengenai perkara di luar bidangnya.

“Janganlah nak jadi doktor semua bidang”

Screenshot 2021 01 21 at 1.13.56 PM down

“Bonda kena lebih berhati-hati”

Ekoran ini, menerusi Instagram peribadi, Prof Muhaya telah pun memuat naik video memohon maaf dan mengakui kesilapannya kerana telah melampaui batas kepakarannya dengan memberi komen tentang bahagian jiwa.

It was my mistake, bonda minta maaf secara profesional, peribadi. Mungkin video tu bonda ada sifat terlampau confident, sombong agaknya, pandai sangat, bajet bagus, bonda minta maaf.”

Tambahnya lagi, beliau suka bila perkara ini berlaku kerana beliau boleh praktikkan apa yang diajar selama ini iaitu, taubat, meminta maaf dan memaafkan.

Oleh itu, penceramah ini meminta maaf kepada semua pakar psikiatri dan psikologi serta memaafkan semua netizen yang telah mengecam tindakannya akibat dari rasa marah.

https://www.instagram.com/p/CKSbbJbHrT9/

Katanya lagi, permohonan maaf ini dibuat bukanlah untuk membersihkan namanya tapi untuk memberi keadilan sebagai seorang yang ramai followers dan pengaruh beliau perlu lebih berhati-hati lebih-lebih lagi bila nak bercakap tentang perkara di luar bidangnya.

Screenshot 2021 01 21 at 1.31.47 PM down

 

Baca: “Mohon maaf atas kesilapan kata-kata” – Ibu Neelofa Jelas Isu ‘Daging Harimau’ Mengaku Tersalah Cakap

Screenshot 2021 01 21 at 1.43.52 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.