in

Bomoh Pakistan ‘Wanted’ Lepas Kantoi Paku Kepala Wanita Hamil, Konon Jamin Akan Lahirkan Anak Lelaki

Paku wanita hamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nyawa seorang wanita hamil ini bagaikan telur di hujung tanduk apabila satu imbasan X-ray mendedahkan ada sebatang paku terpahat pada bahagian kepalanya yang hampir-hampir mengenai otaknya.

nail sizes and types 1824836 07 casing 494f4eaf2daa4c808696d9be77451cb2 e1645235499484
Gambar hiasan

Lapor Metro, insiden ngeri itu difahamkan berlaku di Pakistan selepas seorang wanita hamil datang ke sebuah hospital di Penshawar untuk mengeluarkan paku yang tersekat di kepalanya.


Menurut doktor, sebelum itu, wanita yang tidak didedahkan identiti itu berkata dia sudah cuba mengeluarkan objek asing terbabit dengan menggunakan playar namun gagal.

“Mangsa yang sedang hamil sedar sepenuhnya ketika tiba di hospital tapi dia mengalami kesakitan yang teruk,” jelas Dr Haider Khan.  

6c4cda6f1ff2b226150c4a11c07a213c e1645235638366

Menerusi imbasan X-ray, doktor berjaya menemukan sebatang paku sepanjang lima sentimeter yang terpahat pada kepala wanita terbabit. Dipercayai, objek terbabit diketuk menggunakan tukul atau objek berat sehingga ia menembusi kepala mangsa.

Rupanya ritual nak jamin kelahiran bayi lelaki

pregnant 2340043b e1578460308421
Gambar hiasan

Ketika dirawat di hospital, mangsa yang juga ibu kepada tiga anak itu pada mulanya mendakwa dia sendiri yang memaku kepalanya selepas menerima nasihat daripada seorang bomoh. Difahamkan, ritual aneh itu kononnya mampu menjamin seorang wanita hamil itu akan melahirkan seorang bayi lelaki.

Bagaimanapun, mangsa akhirnya mengaku bahawa paku terbabit dipahat sendiri bomoh berkenaan pada kepalanya.

Untuk pengetahuan, amalan aneh ini sudah lama wujud dalam fahaman Sufi dan banyak dipraktikkan di Pakistan meskipun ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Di Asia Selatan, kelahiran bayi lelaki dipercayai ramai akan menawarkan jaminan kewangan yang lebih kukuh buat ibu bapa berbanding kelahiran anak perempuan.

123185588 63c713e5 ece1 46cb ade9 2482d946410e e1645235796566

Polis Pakistan kini sedang cuba mengesan identiti wanita hamil itu supaya mereka dapat memberkas bomoh yang memaku kepala mangsa.

Sumber: Metro

Baca: Bahana Trend ‘Nasi Paku’, Budak Terpaksa Dibedah Gara-gara Paku Masuk Perut

nasi paku bahaya e1645234468474

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.