Kalau korang biasa menggunakan aplikasi TikTok, korang pasti sedar yang sejak akhir-akhir ini, netizen begitu berani dalam memuat naik bermacam-macam content di akaun mereka.
Antara content yang bakal membawa masalah adalah apabila pengguna tersebut memuat naik video rakaman filem yang sedang ditayangkan di pawagam.
“Boleh dah saman 1 juta sorang”
Menerusi perkongsian Facebook Jabatan Netizen Negara, ia mendedahkan beberapa akaun di TikTok yang tidak beretika telah memuat naik rakaman tayangan filem Mat Kilau yang sedang dimainkan di wayang. Uiks berani ye buat macam ni!
Meskipun rakaman tersebut hanyalah ‘snippet’ kecil, ia sebenarnya memberi kesan besar kepada industri perfileman Malaysia yang sering diancam cetak rompak.
“Tak berbaloi kena saman pasal klip video je”
Perkongsian tersebut ternyata membuat rata-rata netizen marah dengan tindakan pengguna TikTok yang tidak bertanggungjawab memuat naik rakaman dari filem yang sedang ditayangkan di pawagam.
Tindakan tersebut juga ternyata seperti tidak menghargai usaha para pembuat dan pelakon filem berkenaan yang sudah bertungkus lumus menghasilkannya.
Harap pihak Syamsul dan Studio Kembara ambil tindakan kepada pengguna TikTok yang muat naik klip video filem ni ye. Haih macam-macam ye.
Baca: Mawi Perjelas Kenapa Filem Mat Kilau Berjaya Raih Kutipan RM12 Juta Tapi Tak Balik Modal