in

“Boleh halang perkembangan bayi” – [VIDEO] Doktor Jelaskan ‘Mitten’ Bayi Sebenarnya Bahaya Jika…

Untitled Design 2022 07 05T171100.376

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata, sudah pastinya mereka akan sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk anak mereka, baik dari segi keperluan asas seperti pemakanan dan juga persekitaran yang selesa dan selamat.


Tidak cukup dengan itu, buat mereka yang baru sahaja bergelar ibu bapa mesti ‘geram’ dengan barangan bayi seperti soft toys atau pakaian yang sangat comel!

Pun begitu, tahukah anda pemakaian sarung tangan (mitten) dan stokin bayi sebenarnya boleh membahayakan bayi?

@kebebasandalamhidupku

membongkar scam seterusnya, SARUNG TANGAN DAN KAKI BAYI #doctortiktok #clinicdrama

♬ original sound – Amirah Azlan – Amirah Azlan

Doktor Amirah Azlan yang banyak berkongsi berkenaan ilmu perubatan di laman TikTok miliknya baru-baru ini berkongsi tentang bahayanya pemakaian mitten serta stokin untuk bayi yang baru lahir.

“Ada expiry date” 

Mitten dan stokin bayi ini sebenarnya boleh digunakan sehingga bayi itu berusia 14 hari, perkara ini tidak diberitahu oleh pembuat pakaian bayi, ini kerana sarung tangan dan kaki bayi itu mempunyai benang yang boleh tercabut dan masuk ke rongga pernafasan bayi tersebut.

Pakaian itu juga boleh mengganggu perkembangan bayi, ini kerana tapak tangan dan tapak kaki bayi perlu dirangsang.

“kalau dia terkena kain, macam mana nak cepat berjalan, macam mana nak cepat memegang kerana tiada sensory” katanya.

Baby Mittens Knitting Pattern Lace 420E339

Jangan terikut ‘mat salleh’ 

Selain itu, doktor tersebut juga turut berkongsi ibu bapa di luar negara banyak menggunakan sarung tangan dan kaki kepada bayi untuk menghalang kesejukan walhal di negara kita tidaklah begitu sejuk sehingga memerlukan pemakaian mitten tersebut.

Take note ok parents!

Baca: “Sangat misleading” – [VIDEO] Doktor Jelaskan Rupanya Semua Pencuci Miss V Adalah ‘Scam’

Pencuci Miss V Scam

Sumber: Pinterest

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.