Baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita pemergian vokalis kumpulan tanah air, Mael XPDC. Kami di Lobak Merah turut bersimpati atas pemergian arwah dan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.
Sewaktu negara meratapi pemergian vokalis lagenda itu, stesen penyiar berita sempat menemubual rakan seangakatannya ketika genre muzik rock berada dikemuncak, iaitu Dato’ Hattan.
Dalam temubual menerusi panggilan telefon itu, cara Dato’ Hattan menjawab pertanyaan pembaca berita telah mengundang buah mulut netizen. Korang boleh tengok video temubual tu yang dimuat naik oleh @fadmnf di bawah.
Aduh tak pasal pasal kena dengan dato hattan. Tapi sebenarnya tak patut pun dia buat macam tu masa live pic.twitter.com/Y28z1n2CHY
— Fad Manaf (@fadmnf) April 28, 2023
Boleh cakap elok-elok
Ternyata hampir semua netizen tidak berpuas hati dengan cara Dato’ Hattan menjawab soalan yang diajukan oleh pembaca berita.
Ramai yang berpendapat penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu boleh memilih untuk menjadi lebih santun ketika menjawab soalan.
Betul, min setuju Dato’ tak perlu buat macam tu. Benda boleh cakap elok-elok. Kan susah bila peminat pun dah tak boleh backup.
Min dengara cara Dato’ jawab soalan tu pun agak tak professional. Kesian akak pembaca berita tu terpinga-pinga lepas kena sound.
Inilah risiko bila buat interview live. Kadang-kadang akan terjadi sesuatu benda yang diluar kawalan dan tak ikut plan asal. Tambah pulak dengan berita kematian kan, lain orang lain cara react nya.
Setuju, nak tegur kalau orang ada buat silap, memang ada caranya. Kalau tak kena cara, kita sebagai penonton pun boleh ikut tersinggung.
Apa-apa pun, semoga roh arwah Mael XPDC ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Terima kasih kerana pernah menghiburkan kami.
Baca: XPDC Batalkan Persembahan Sebagai Tanda Penghormatan Buat Mael