in

“Boleh ambik je buku” – Cantik! NGO Penang Tukar Pondok Telefon Terbengkalai Jadi Perpustakaan Mini

Collage 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benda yang lama dan dah terbengkalai, tak bermakna ianya tak boleh digunakan semulakan?


Contohnya macam apa yang dikongsikan di Facebook di mana satu badan organisasi bukan kerajaan Penggerak Komuniti Muda (PEKA), telah menunjukkan yang dorang tukar pondok telefon lama dan jadikan ia sebagai perpustakaan mini.

Pengerak Komuniti Muda (PEKA) telah mengambil inisiatif untuk menukar wajah pondok telefon terbiar kepada perpustakaan mini untuk orang awam.”

Booths.jpg

Tambah mereka lagi, Majlis Bandaraya Pulau Pinang juga turut bekerjasama dengan PEKA bagi menjayakan projek pengubahsuaian pondok telefon ini.

Tujuan insiatif ini dijalankan adalah bagi menggalakkan minat membaca dalam kalangan penduduk di Pulau Pinang.

Kalau korang nak tahu, perpustakaan mini ini juga turut menyediakan buku-buku dalam pelbagai bahasa, majalah Penang Monthly & surat khabar Buletin Mutiara.

Booths 6.Jpg

Bukan tu je, korang juga dibenarkan untuk bawa balik buku-buku yang disediakan dekat perpustakaan mini ni tapi mestilah kena pulangkan balik lepas dah habis baca. Kenalah bertanggungjawab sikit ya…

Biasanya juga, kalau ada benda yang cantik dan mudah macam ni, mesti ada je tangan gatal yang nak rosakkannya kan? Tapi korang jangan risau sebab perpustakaan mini ni terletak betul-betul depan balai polis. Ha kalau berani cubalah

Booths 8.Jpg

Selain tu, kalau korang berhasrat untuk derma buku atau ada apa-apa soalan mengenai perpustakaan mini ni, korang boleh hubungi Encik Adam Lester di talian +6011-24095881.

Wow memang nampak cantik betul perpustakaan mini ni, tak sabar nak singgah ambil gambar bila pergi Penang nanti. Hehehe

 

Baca: Jangan Kata Buku, Manusia Pun Korang Boleh Pinjam Di Perpustakaan ‘Rare’ Ini

Screenshot 2022 01 20 At 2.12.42 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.