Kes kematian selebriti yang dikaitkan dengan bunuh diri bukan suatu yang asing lagi dalam industri hiburan lebih-lebih lagi industri hiburan antarabangsa.
Namun terbaru tragedi menyayat hati ini dikatakan telah berlaku kepada bintang “Miss Sherlock” Yuko Takeuchi.
Drama itu yang ditayangkan pada tahun 2018, mengisahkan tentang Miss Sherlock yang bekerja sebagai “consulting detective”. Mempunyai karakter yang aneh, watak Sherlock digambarkan sebagai seorang yang berhati kering.
Bintang berusia 41 tahun itu dikatakan membunuh diri di kediaman miliknya di Shibuya, Tokyo, kelmarin.
Ditemui oleh suaminya
Mayat mangsa ditemui oleh suaminya, Taiki Nakabayashi, 35 tahun pada pukul 2 pagi di bilik tidur apartmen milik mereka.
Susulan penemuan mayatnya, mendiang telah dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia menurut Berita Harian
Kematian ibu kepada dua cahaya mata itu turut mengejutkan ramai berikutan berlakunya kenaikan jumlah kes bunuh diri sejak pandemik Covid-19 ini, lapor The Mercury News
Walaubagaimanapun tiada nota bunuh diri dijumpai bersama mayat mangsa.
Susulan kejadian itu, Jabatan Polis Metropolitan Tokyo bertindak menjalankan siasatan selain turut percaya Takeuchi meragut nyawanya sendiri.
“Secara tiba-tiba, kami terkejut dan sedih dengan berita kematiannya. Pihak berkuasa sedang memeriksa perincian kejadian,” kata agensi bakatnya, Stardust Promotion Inc.
Takeuchi yang baru saja melahirkan anak kedua Januari, turut meninggalkan seorang lagi anak lelaki berusia 14 tahun hasil perkahwinan pertamanya bersama Shido Nakamura II.
Selain Takeuchi, bintang Terrace House, Hana Kimura sebelum ini turut ditemui tidak bernyawa selepas dia menjadi mangsa buli siber Mei lalu.
Kes ini turut menimbulkan kebimbangan kerana menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Jepun mencatatkan kes bunuh diri tertinggi di dunia.
Min harapkan kita dapatlah jadi masyarakat yang baik dan tolong rakan-rakan yang memerlukan supaya kes-kes ni dapatlah dielakkan
Baca : 465 Orang Cuba Bunuh Diri Sepanjang Januari Hingga Jun Tahun Ini Menteri Kesihatan