Setiap individu semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk memberikan ucapan manis ketika hari lahir pasangan mereka. Namun, ucapan romantik pelakon, Vanidah Imran buat suaminya, Rashidi Ishak bersempena hari lahir aktor tersebut menjadi satu isu yang lain pula.
Vanidah yang lebih mesra dipanggil Vee telah memuat naik gambar mereka berdua di Instagram dengan menyifatkan Rashidi sebagai suami yang tidak pernah berhenti mempercayai impiannya.
Selamat hari jadi kepada lelaki yang tidak pernah berhenti percayakan setiap impian saya dan paling penting mengajar saya untuk merealisasikan mimpi saya.”
Gambar yang mendapat lebih 4,800 likes itu bagaimanapun dicemari komen-komen dari segelintir pengikutnya yang menjadikan Vee sebagai sasaran untuk menegur berkenaan isu memakai tudung.
Seorang netizen berkata,
Bila la cik kak nak berhijab?”
Tidak cepat melatah dengan komen sebegitu, Vee turut membalas komen individu tersebut dengan penuh tertib.
Insya-Allah, pasti bila tiba masanya nanti. Buat masa ini Vee cuba kuatkan ibadah dulu, jaga minda dan jauh dari prasangka, jaga mulut dari mengata dan hubungan sesama manusia.”
Rashidi pula tidak melepaskan peluang mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan ucapan hari jadi kepadanya. Namun, menurut Rashidi, dia tidak akan menegur seseorang yang tidak dikenali secara terbuka dan menyifatkan ia sebagai sikap prihatin sesama manusia.
Alhamdulillah, ada yang prihatin tentang sesama manusia. Saya utamakan tegur anak, isteri, keluarga dan kalau ada menantu (Insya-Allah satu hari nanti) dulu sebelum tegur orang lain terutamanya orang yang tiada kena mengena dengan saya.
Kalau orang yang saya tak kenal secara peribadi, saya hanya tegur dalam hati, moga-moga mendapat hidayah.
Jauh sekali di paparan awam untuk mengeluarkan pendapat dan teguran, yelah saya tak tahu macam mana hubungannya dengan Allah.”
Sementara itu, beberapa netizen turut memberi komen balas kepada individu yang menegur Vee dan berkata jangan mudah mencari kesalahan orang lain sebaliknya periksa dahulu kekurangan diri sendiri.
“Sebelum kita secara terbukanya menegur orang, pastikan kita cukup sempurna atau tak,” komen seorang pengikutnya di Instagram.
Apa-apa pun semoga Vee dan suami terus kekal romantik dan berbahagia selamanya.
Baca: Baru 19 Tahun, Haqiem Rusli Berjaya Beli Mitsubishi Lancer Secara Tunai!