Pakaian dalam perlulah dijaga dan bukannya boleh dikongsikan kerana aspek kebersihan. Tapi siapa sangka, ada golongan yang menjual seluar dalam terpakai dan memeranjatkan, ada pula yang berminat untuk beli! Yekkkkk!
Seorang individu telah kongsi hal ini di Twitter dan menunjukkan sebuah akaun Facebook yang menjual seluar dalam wanita yang dah digunakan. Menggelikan, seluar dalam terpakai yang dijual siap ada kesan kotoran warna kekuningan tau!
Tak sangka ada yang berminat nak beli dan ada juga turut mengaku suka bau seluar dalam yang sudah dipakai.
Tak taulah orang tu nak ‘menganjing’ ke apa tapi kalau betul lah ada antara mereka yang memang mempunyai perangai suka beli seluar dalam terpakai ni, tak tahulah nak cakap apa!
Orang ramai yang nampak tweet tu pun turut sama kata tak percaya seluar dalam terpakai ni dijual dan dibeli. Masing-masing pun rasa jijik dengan bisnes jual beli ni. Ada juga yang rasa golongan macam ni mungkin terlampau terdesak.
Siapa tak geli dengan jual beli seluar dalam terpakai ni. Tak tahulah benda ni masih dijual ke tidak sebab berdasarkan tarikh pada Facebook tersebut, ianya telah dipost setahun yang lalu.
Harap-harap takdelah yang buat macam ni. Kotor tau. Seluar dalam siapalah yang dijual tu.