in

Bibik Hantu! Wanita Rugi Lebih RM30,000 Lepas Maid Yang Baru Diambil Kerja Seminggu Buat Hal

Featured 2

Bagi golongan yang berkemampuan dan bekerjaya, kebiasaannya akan mengambil pembantu rumah bagi menguruskan kerja-kerja di rumah seperti memasak, menjaga anak, mengemas dan sebagainya.

Namun kadangkala telinga kita pasti tak lekang dari mendengar kes-kes yang melibatkan pembantu rumah, sama ada majikan yang buat hal atau pembantu rumah yang buat hal.

Macam yang berlaku keatas seorang wanita ini yang dikenali sebagai Lyz Zainol apabila dia kerugian lebih RM30,000 selepas pembantu rumah yang digajikannya kira-kira seminggu, melarikan diri.

Die larikan cash dalam RM700-RM800. Rantai kahwin saya, handbag2 saya, beberapa utas gelang emas anak2 saya, luggage tokidoki dan diapers bag berjenama terminus. Jumlah kerugian dalam RM28000. (Mungkin ada yang lain tapi tak sempat cek lagi).”

1 6

Katanya ketika kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, dia tiada di rumah kerana menghantar adiknya pulang dan membeli barang keperluan.

“Setibanya di rumah pada pukul 6 petang, saya lihat gril terbuka tapi tak fikir apa-apa lagi, buka sahaja pintu, saya nampak anak bongsu yang berusia 12 bulan tertidur terlentok dalam walker.”

“Walker itu diikat tali supaya tak bergerak, waktu itu baru saya tahu pembantu rumah saya dah lari. Sampai hati dia tinggalkan anak saya seorang diri”

3 5

Malah Lyz turut berkongsi gambar-gambar pembantu rumahnya di media sosial bagi mendapatkan bantuan orang ramai sehingga penangkapan wanita warga Indonesia itu.

Malah ada juga majikan yang mendedahkan pernah menjadi mangsa wanita tersebut, yang kini dipercayai sarat mengandung 7 bulan.

 

2 6 1

118673806 10224025007083396 6869492386479882841 N

118645849 10224025044764338 7828346274729771751 O

 

Malah wanita ini turut meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi maklumat kepadanya sehingga pembantu rumahnya ini berjaya ditangkap.

 

Baca : Eh buat macam rumah sendiri pula; Pembantu Rumah Kantoi Pandu Kereta Sampai Eksiden  Bawa Balik BF Tidur Bilik Majikan

Baca

Sumber: facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook