in

“Biasanya tangkap ular…” – Bomba Gigih ‘Rescue’ Buaya Dalam Longkang Luar Rumah

Buaya 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain menyelamatkan mangsa kebakaran, bomba juga bertugas menjaga keselamatan orang awam ketika diancam haiwan yang berbahaya.

Baru-baru ini tular di media sosial TikTok, seorang lelaki memuat naik video beberapa ahli bomba menyelamatkan seekor buaya dari dalam longkang di luar sebuah rumah.


https://www.tiktok.com/@bossmichael_oe/video/7290370977710509320?_r=1&_t=8gZU7dxJl5T

Di awal video, sebuah trak bomba telah sampai di kawasan perumahan pada waktu malam dan ahli-ahli bomba tersebut segera menghampiri longkang di hadapan rumah sebelum menjumpai seekor buaya di dalamnya.

Artikel berkaitan: Rambut Anak Tersekat Pada Sikat, Tindakan Ibu Ini Dapatkan Bantuan Di Balai Bomba Dikecam Netizen?

Artikel berkaitan: Tular Video Ular Senduk & ‘Menyorok’ Bawah Budak, Bomba Berjaya Tangkap Haiwan Berbisa

Setelah mengeluarkan alatan untuk menyelamatkan buaya tersebut, ahli-ahli bomba ini gigih melakukan pelbagai cara bagi memudahkan mereka menangkap buaya itu walaupun dalam keadaan yang agak gelap.

Mereka meletakkan sebatang kayu berhampiran mulut buaya itu sebelum ianya digigit oleh haiwan tersebut. Kemudian, mulut haiwan pemangsa itu segera diikat menggunakan seutas tali dan pita pelekat khas.

Haiwan itu akhirnya berjaya dibawa keluar dari longkang. Keempat-empat kaki dan ekor buaya itu diikat ketat sebelum mereka membawa haiwan tersebut ke dalam kenderaan bomba.

Rata-rata netizen dalam komen gusar dengan keadaan yang terjadi di kawasan perumahan itu. Ada juga yang berseloroh kerana negeri itu memang popular dengan haiwan yang bernama buaya.

Buaya 1 Buaya 2 Buaya 3 Buaya 4

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.