Korang yang suka pergi jalan-jalan dekat highway tu, sebenarnya korang tahu tak kenapa warna signboard berbeza-beza? Ke korang tak perasan atau rasa macam tak kesah pun warna dia berbeza?
Kalau korang nak tahu, warna-warna berbeza yang digunakan untuk papan tanda jalan raya tu memberi maksud yang berbeza. Bukan suka-suka je letak warna sebab nak cantik tau!
Menurut satu thread daripada seorang gadis pemilik akaun @CahayaQasehh di laman Twitter, dia telah berkongsikan enam maksud warna yang digunakan bagi papan tanda jalan raya di Malaysia.
Korang perasan tak, kalau dekat highway atau mana2 signboard jalan raya, mesti ada few colors kan? I baru tau each colors tu ada makna dia sendiri. Ni thread dia:
— Qaseh (@CahayaQasehhh) January 17, 2022
So, kalau korang nak tahu apa maksud-maksud yang dikongsikan, jom kita tengok!
Signboard biru
Papan tanda warna biru ni dah selalu sangat korang jumpa kan…tapi korang tau tak maksud warna biru tu apa? Jadi, warna biru yang digunakan merupakan warna bagi menunjukkan jalan persekutuan, negeri dan perbandaran yang tiada tol.
Signboard hijau
Papan tanda warna hijau ni pula memberi maksud lebuhraya atau expressways yang mempunyai tol. Contohnya lebuhraya Utara-Selatan dan Pantai Timur. Mesti korang tengok signboard dia warna hijau.
Signboard kuning
Papan tanda warna kuning pula biasanya digunakan bagi nama jalan.
Signboard huruf warna putih background coklat
Papan tanda ini pula untuk kawasan pelancongan. Contohnya, kawasan nak ke pulau, air terjun atau pantai.
Signboard huruf warna oren background hijau
Bagi papan tanda ini, ia memberi maksud institusi bangunan kerajaan. Biasanya universiti lah yang paling obvious.
Background putih
Papan tanda putih pula untuk nama bandar dan kawasan.
Sekarang korang dah tahu kan? Lepasni dah pro lah tengok signboard dekat highway.
Baca: [VIDEO] Lagi Kes Ambulans Kena Bagi Ruang Untuk Laluan VVIP Atas Highway?