in

“Biasa la barang made in China” – Terima Aduan Dari Pelbagai Negara, Rupanya Facemask Keluaran Negara China Tidak Berkualiti

Feature 4 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain hand sanitizer, topeng muka juga merupakan antara benda yang paling penting ketika penularan wabak Coronavirus ini. Dah la selalu habis stok, kalau ada dekat kedai pun harga mahal sikit lah berbanding dulu. 

Jadi, ramai antara kita yang membeli facemask secara online dari China kan.


Namun, pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati sebab dah banyak negara yang membuat aduan berkenaan topeng muka keluaran negara terbabit yang dikatakan tidak berkualiti, lapor Harian Metro.

Mask 1 2

Difahamkan, Beijing telah menerima aduan berkenaan alat perlindungan diri (PPE) yang digunakan oleh frontliners Covid-19 yang didakwa rosak. Lebih 89 juta penutup mulut dan hidung juga telah dirampas setakat Jumaat lalu.

Mask 3

Bukan itu sahaja, banyak lagi barangan eksport dari China telah digunakan oleh petugas perubatan negara lain dalam menangani wabak ini.

Selain itu, sebanyak 418,000 PPE yang dibuat oleh syarikat negara itu juga turut dirampas oleh pihak berkuasa yang mengawal pasaran China.

Mask 2 1

Menurut Gan Lin, Timbalan Pengarah Pengawal Selia Pasar Pentadbiran Negeri, cecair pembasmi kuman yang bernilai lebih 7.6 juta yuan (RM4.7 juta) turut dirampas akibat kurang efektif. Tak baik tau berniaga tak jujur. 

Sebelum ini, Kanada mendakwa lebih kurang sejuta facemask yang diimport dari China tidak memenuhi standard piawaian profesional penjagaan kesihatan.

Bukan itu je, beberapa negara seperti Belanda, Turki dan Sepanyol telah memulangkan semula semua PPE dan topeng muka yang dibeli dari China sebab kesemuanya tidak berkualiti.

Kini, negara tersebut telah mengeluarkan peraturan yang lebih ketat bahawa setiap topeng muka yang bukan keperluan perubatan juga perlu menepati standard yang telah ditetapkan oleh pihak kesihatan antarabangsa.

Admin cuma nak pesan satu je lah, berniaga kena jujur. Kesian frontliners pakai topeng muka yang tak berkualiti. Dorang boleh terkena jangkitan tau. 

 

Baca: “Nak buat duit punya pasal” – Kilang Thailand Kena Cekup Sebab Seterika Mask Dah Pakai & Jual Macam Baru

Mask 1 1

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.