in

“Biar peguam saya yang uruskan” – Tular Dakwaan Beri Layanan Buruk Kepada Pengasuh, Sufi Rashid Beri Respon

ft sudi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat diperkatakan di media sosial mengenai layanan buruk seorang artis terhadap seorang pengasuh semasa berada di luar negara. Terpanggil dengan keluhan tersebut, individu yang dimaksudkan, iaitu penyanyi Sufi Rashid tampil memberi respon.

Jelasnya, biarpun individu tersebut tidak mendedahkan nama, namun ramai orang anggap perkongsian itu ditujukan kepada dirinya dan isteri.


Artikel berkaitan : “Ayden pun ikut sekali” – Syed Saddiq Bawa Bella Astillah Ke Parlimen, Baju Sedondon Lagi!

Artikel berkaitan : “My parents akan buat report polis” –  Terima Banyak Komen Negatif  Kutukan, Isteri Sufie Rashid Mahu Buat Laporan Polis

Disebabkan itu, Sufi menggunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan isu yang menurutnya satu fitnah terhadap dirinya dan isteri, Nurulain Md Yusof.

“Peguam saya dah hubungi dia. Harap dia dapat beri kerjasama dan dapat selesaikan perkara ini secara baik sebab dia sendiri tahu apa yang dikatakan itu tidak betul.”

“Hantaran saya pada September lalu hanyalah sekadar maklum balas umum tanpa sebut nama atau sebarang butiran. Kalau tak puas hati, boleh sahaja hubungi saya waktu itu.”

Screenshot 2025 12 04 125400

“Tapi hantaran terbaharunya jelas menggambarkan yang saya dan isteri sampai orang lain boleh teka dan serang kami. Biarpun tanpa nama, ia cukup ketara petunjuknya sampaikan membawa kepada kebencian masih boleh dikira sebagai fitnah.”

Sufi juga mendedahkan yang dirinya mempunyai pengalaman tak elok tentang isu ini tetapi memilih untuk mendiamkan diri demi menjaga sensitiviti pihak lain.

“Saya pilih untuk tidak kongsikan butiran sebab tak nak ganggu dia. Tapi, hantaran dia telah menyebabkan kebencian yang tak sepatutnya terhadap isteri saya.”

Screenshot 2025 12 04 125513

“Kami tidak mempunyai masalah untuk jelaskan tetapi kami pilih untuk tidak berbuat demikian. Cerita dia langsung tidak benar dan tidak menggambarkan siapa kami atau bagaimana kami melayan orang lain.”

“Percutian itu memang untuk urusan kerja. Isteri saya bawak anak untuk melihat sama ada dia boleh bertahan dalam penerbangan atau tak, sebab kami merancang perjalanan lebih jauh tahun depan.”

“Ini kali pertama dia keluar Malaysia kerana saya berada dalam mesyuarat sepanjang masa, kami perlukan pengasuh untuk membantu isteri saya, itu sahaja.”

Sumber : Threads, mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.