Aplikasi TikTok memang tengah in betul sekarang. Semua orang nak cuba buat, dari yang muda sampai ke yang berumur. Mostly content TikTok ni memang banyak yang kreatif, tapi macam media sosial yang lain, ada juga yang melampau semata-mata nak raih populariti.
Contohnya macam satu kes di Indonesia di mana seorang netizen, Sanusi Firdaus telah kongsikan satu video TikTok di Facebook menunjukkan aksi tiga orang wanita bergelek.
https://www.facebook.com/sanusi.firdaus/videos/621761108610266/
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah tiga wanita yang mungkin berpangkat mak-mak ni melakukan aksi goyang pinggung di dalam masjid! Tindakan ini telah mendapat cemuhan dari netizen.
Menurut Sanusi, di dalam kapsyen videonya, dia meminta agar pihak masjid untuk cam muka wanita-wanita ini dan melarang mereka dari masuk ke dalam masjid.
Peringatan kepada pengurus masjid lainnya jangan biarkan ketiga orang ini masuk atau masjid lainnya akan dijadikan ajang hiburan tiktok lagi bukan dijadikan tempat beribadah.”
Selepas tularnya video ini dan mendapat kecaman dari pelbagai sudut, tiga wanita ini akhirnya tampil dengan memuatnaik video permohonan maaf.
Mereka mengaku menyesal kerana dah salah gunakan tempat ibadah untuk kegunaan peribadi. Tiga wanita ini juga turut berjanji untuk tak mengulangi kesilapan ini lagi.