in

“Biadab sangat nampak” – Orang Ramai Pertikai Model ‘Bertudung’ Tapi Berpakaian Seksi

Gg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, turban sering menjadi antara pilihan gadis-gadis di luar sana untuk dipakainya apabila pergi ke satu tempat. Gayanya yang nampak cantik dan kemas memudahkan gadis-gadis untuk berpenampilan lebih yakin dan menawan. Namun, baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar yang menampilkan seorang model berturban tetapi berpakaian seksi. Erkkkk..

“Inilah dikatakan bertudung tapi telanjang”

Menurut Julayha Jumahat menerusi laman Facebooknya, dia telah memuat naik gambar model tersebut bersama pelakon yang namanya kini sedang hangat diperkatakan, Izreen Azminda, yang tutup di bahagian kepalanya namun terbuka pula di bahagian bawahnya.


28377469 1874233282640016 7334975547396437725 N
sumber: facebook

Melalui post tersebut, Julayha lebih fokus tentang kisah Izreen, namun orang ramai lebih tertarik kepada model tersebut dek kerana pemakaiannya. Difahamkan model tersebut sebenarnya berasal dari Rusia. Masing-masing mempertikaikan mengapa model itu berpakaian sebegitu, sepertinya dia sedang ‘bermain-main’ dengan orang Islam.

“Makin menjadi-jadi. Adoi, Islam itu indah. Bertudung bukan sebab nak tutup rambut atau panau hoi! Bertudung wajib bagi seorang muslimah. Hmmm”

“Tudung style yahudi ini. Kalau Islam tak ada pun nabi ajar bertudung macam tu. Aku pun jahil juga, tapi bila dah melampau macam ni aku ada hak untuk bersuara sebagai saudara Islam. Kena ingat, bila bala Allah turun, bukan hanat ni je yang kau kena”

28279719 1874233275973350 758023379283040648 N
sumber: facebook

Di ruangan komen status itu, dapat dilihat netizen sedang berbalah sama sendiri kerana masing-masing mempunyai pendapat mereka yang tersendiri. Dan ada juga netizen yang menjelaskan hal sebenar, di mana turban bagi orang Barat adalah sekadar untuk berfesyen, cuma orang Islam sahaja yang mengambil turban tersebut sebagai ganti kepada tudung.

“Turban tu skarf rambut, bukan tudung. Sebab tu orang free hair pakai turban. Sekarang yang jadi masalah, turban orang anggap hijab. Sebenarnya turban tu orang-orang negro dan mat salleh suka pakai, orang kita je gila buat turban jadi tudung”

“Tu turban sis, bukan tudung. Asal turban ni kan aksesori rambut untuk sesetengah kaum macam orang Afrika atas kepala tu. Yang jadi isunya bila orang Islam pakai turban untuk tutup rambut, lepas tu kita label turban as part of tudung, padahal bukan”

5 1
sumber: blog

Ada juga netizen yang sudah berpengalaman dalam bidang modeling menjelaskan, kebanyakkan syarikat seperti ini mahukan wajah cantik mereka dalam mempromosikan sesetengah barang tanpa mengikut tatacara yang sepatutnya. Katanya lagi,

“Masa shoot atas tudung bawah seluar pendek” Fuhhh!

Ya, masing-masing ada pendapat mereka. Tapi kan lagi cantik kalau model tu berpakaian tertutup sikit. Tak gitu?

Baca: “Batak sangat nak tiru budaya barat!” – Netizen Kecam Video Joe Flizzow Terlalu Seksi

11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.