E-Sukan mula mendapat perhatian ibu bapa kerana pendedahan terhadap sukan ini semakin merancak dan kebanyakkan organisasi sukan ini mula menunjukkan pencapaian mereka diperingkat tertinggi.
Rata-rata ibu bapa turut memberikan galakan kepada anak mereka untuk berjinak dalam e-sukan ini.
Tular satu video di aplikasi TikTok di mana seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun menyertai pertandingan terbuka e-football dan berentap bersama orang dewasa.
Apa yang menarik adalah kanak-kanak itu bermain dengan berdiri betul-betul dihapadan televisyen dan memberi gangguan kepada pihak lawannya.
Begitu santai dengan bermain secara begitu seakan tektikal tersendiri bagi menganggu pihak lawannya.
Netizen yang menonton video itu juga tidak kering gusi meilhat kerenah kanak-kanak itu dan pihak lawannya terpaksa juga berdiri untuk melihat televisyen itu.
Jadi serba salah nak tegur sebab budak lagi dan mungkin ini adalah kali pertama kanak-kanak itu menyertai pertandingan itu.