Semalam, satu kemalangan mengejutkan ramai pihak di mana seorang pemandu trak pikap merempuh sebuah motosikal yang dinaiki suami isteri serta dua anak mereka.
Kemalangan tersebut berlaku di susur keluar (Exit 904), Lebuhraya Sungai Besi dan rakaman dashcam kemalangan tersebut tular di media sosial.
Artikel berkaitan: Tukar Laluan Himpit Motosikal 4 Beranak Hingga Cedera, Polis Tahan Pemandu Trak Pikap
Artikel berkaitan: “Bahayanya!&” – Pelajar Sekolah Hampir Kemalangan Dikejar Anjing Liar
Menurut laporan mStar, wanita yang menaiki motosikal itu berkongsi rasa syukur kerana dia serta keluarganya tidak mengalami kecederaan yang serius.
KENYATAAN MEDIA KETUA JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK KUALA LUMPUR
Perkembangan Kes Tular Video Kemalangan Di Lebuhraya BESRAYA Dari Arah Sungai Besi Ke Balakong
Sumber: JSPT KL pic.twitter.com/ChBS01M0Lk
— PDRMsia Trafik (@PDRMsia_Trafik) December 13, 2023
Mulanya, ramai yang memberikan kecaman terhadap pemandu trak pikap itu kerana dia dilihat memandu secara melulu, namun wanita yang berusia 31 tahun itu meminta para netizen untuk menghentikan kecaman terhadapnya.
“Selepas kami jatuh motor, dia tak lari tapi berhentikan kenderaan jauh sikit sebab lokasi tu selekoh, dia berulang kali minta maaf, mengaku salah sebab tak perasan kami.
Dia pun tolong angkat barang dan ikut sekali ke hospital hinggalah selesai. Pemuda itu sangat bertanggungjawab, malah dia keberatan untuk beredar daripada hospital biarpun kami minta dia buat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya.
Syarikat tempatnya bekerja juga bertemu kami bertanya khabar dan beri jaminan untuk bertanggungjawab membayar kos baiki motosikal serta perubatan,” katanya.
Dalam pada itu, wanita berkenaan memohon agar semua orang menghentikan kecaman terhadap pemandu trak pikap tersebut kerana tidak mahu memanjangkan cerita.
Sebagai info, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu memerintahkan pemandu trak itu membayar denda RM 6,000 kerana melanggar motosikal ditunggang empat beranak itu.
Sumber: mStar