in

“Berubahlah untuk tak jadi manusia angkuh & riak”- Datin Shahida Tuntut Cerai Dari Aliff Syukri?

Feature 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita Dato’ Aliff Syukri yang didakwa mendera anak angkatnya, Aminah Alip Shah atau Ameena sehingga pembantu rumahnya telah membuat laporan polis. Apa jadi eh dengan kes ni? 

Kali ini Aliff Syukri dilanda kontroversi lagi apabila isterinya, Datin Nur Shahida didakwa telah membuat tuntutan cerai daripadanya di mahkamah, lapor Harian Metro.


Datin

Perkara ini timbul setelah surat tuntutan cerai Datin Shahida menjadi tular di media sosial.

Datin 4

Ketika dihubungi oleh Harian Metro, Aliff Syukri hanya membalas mesej pertanyaan wartawan dengan emoji sedih. Perkara itu dikuatkan lagi apabila dia meluahkan rasa hatinya di Instagram.

Kesulitan itu bukan untuk ditangisi tetapi untuk dihadapi dengan kesabaran dan ketenangan kerana cinta itu layak diperjuangkan.. tetapi tidak akan bererti apa-apa jika ia tidak pernah dihargai….

Difahamkan, pasangan ini juga gagal menemui jalan penyelesaian walaupun pihak mahkamah telah melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk membantu mereka.

Aliff 2

Kes penceraian mereka juga dilaporkan akan dibicarakan di mahkamah setelah tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat beberapa minggu lagi.

Rata-rata netizen menasihati Aliff Syukri agar muhasabah diri dan berubah ke arah yang lebih baik.

Aliff 1

Mereka juga  dikatakan sudah beberapa bulan tidak tinggal serumah kerana Aliff Syukri dilihat sering berada di rumahnya di Pavilion resident Kuala Lumpur. Memang serius nampaknya kes ni. 

Kita doakan semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

 

Baca: Throwback Gambar Pertama Kali Berjumpa, Datin Shahida Dedah Rahsia Dato’ Aliff

Aliff

Sumber: Instagram
Sumber: Newsinkling
Sumber: Instagram
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.