in

Bertekak Dengan Trump, Rusia Anggap Lawatan Presiden Ukraine Ke Amerika Satu Kegagalan

Presiden Ukraine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lawatan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy ke Washington pada Jumaat lalu disifatkan sebagai kegagalan politik dan diplomatik oleh Rusia. Rusia juga menuduh pemimpin itu terlalu taksub untuk meneruskan peperangan antara Ukraine dan Rusia.

Screenshot 2025 03 02 at 12.59.20 PM

Menurut laporan Astro Awani, pertemuan antara Zelenskyy dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di White House dikatakan berlangsung tegang, sehingga merosakkan hubungan antara Kyiv dan Washington.


Ketegangan ini turut memberi kesan terhadap sokongan ketenteraan Amerika kepada Ukraine sekaligus menambah lagi cabaran bagi negara itu dalam konflik yang berterusan sejak 2022.

Rusia melihat perbalahan ini sebagai kemenangan moral dan menyambut baik ketidaksefahaman yang berlaku di White House.

Sementara itu, Kyiv menolak tuduhan bahawa lawatan tersebut memburukkan keadaan dengan menegaskan bahawa usaha diplomatik tetap diteruskan demi kepentingan negara.

Artikel berkaitan: MyKad & Lesen Memandu Malaysia Ditemui Di Medan Perang Ukraine-Russia, Wisma Putra Beri Respon

Artikel berkaitan: ⁠Anak Elon Musk Calit T*hi Hidung Jadi Punca Trump Tukar Meja Pejabat Berusia 145 Tahun

Screenshot 2025 03 02 at 12.59.29 PM

Dengan hubungan yang semakin renggang, masa depan sokongan Amerika Syarikat kepada Ukraine kini menjadi tanda tanya.

Perkara ini juga secara tidak langsung membuka ruang kepada Rusia untuk terus memperkukuh kedudukannya dalam konflik ini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.