Sukan gusti bukanlah sesuatu yang baru dalam arena sukan tempatan dan antarabangsa. Ia merupakan salah satu sukan tempur yang melibatkan teknik jenis bergelut seperti pertarungan clinch, balingan dan takedown dan pegangan grappling yang lain.
Ia merupakan sukan yang kompetitif tetapi ia juga sering diangkat sebagai salah satu bentuk hiburan, bahkan sukan gusti atau wrestling ini mempunyai salurannya sendiri.
Baru-baru ini, ahli gusti tempatan Ayez Shaukat Fonseka atau lebih dikenali dengan nama Shaukat telah mencipta sejarah menjadi ahli gusti pertama dari Asia Tenggara memasuki rancangan Reality of Wrestling.
Dalam laporan Harian Metro, difahamkan rancangan itu akan disiarkan di saluran The CW dan itu merupakan kali pertama dia mendapat tawaran sebegitu.
Sudah pastinya, dia bersyukur kerana diberi kepercayaan besar oleh pihak luar untuk memegang watak sebagai hero dalam rancangan tersebut.
“Sebenarnya, saya menerima tawaran itu sejak dua tahun lalu namun terpaksa tangguhkan hasrat untuk ke sana memandangkan ada kekangan iaitu mendapatkan kelulusan visa disebabkan pandemik Covid-19.
Sepanjang dua tahun juga saya membuat persediaan dengan membuat latihan kecergasan di gimnasium enam hari dalam seminggu bagi mendapatkan bentuk badan ideal.
Selepas sekian lama menunggu, dapat juga saya bertolak ke Amerika Syarikat (AS) pada awal bulan ini dan berada di sana selama dua minggu bagi menjayakan rakaman yang diadakan di Stadium World Gym Arena di Texas, AS,” katanya.
“Bertanjak ke Hollywood!”
Lebih menarik perhatian, Shaukat mengenakan busana tanjak dan jaket songket bagi mengekalkan identiti Malaysia.
Skip ke minit 23 untuk saksikan aksi Shaukat!
Persalinan itu ditempah oleh Paul Carling, pereka pakaian dari Sarawak yang banyak menghasilkan busana pertandingan Ratu Cantik di Borneo.
Mantaplah!
Baca: “Kak long sebenar” – Wanita ‘Smackdown’ Lelaki Selepas Curi Telefon Miliknya