Seorang suami terkejut menemukan dua rangka dipercayai isteri dan anaknya di dalam rumah selepas bertahun-tahun tidak pulang, dalam satu kejadian di Indonesia.
Menurut laporan media, lelaki yang bernama Mudjoyo Tjandra pulang semula ke rumah itu untuk mengambil barang miliknya.
Namun, ketika dia tiba di sana, dia mendapati rumah berkenaan telah dikunci dari dalam. Justeru, dia meminta bantuan orang kampung untuk memecahkan pintu rumah tersebut dan terus mencari kelibat dua beranak.
Artikel berkaitan: Bengang Sering Diejek Mandul Siap Suruh Isteri Cari Suami Lain, Lelaki Ditahan Polis Bunuh Jiran
Artikel berkaitan: Kerap Kena Maki Hamun, 5 Pekerja Bawah Umur Ditahan Kerana Bunuh Bos
Bagaimanapun, keadaan bertukar hiba apabila si suami menemukan dua rangka manusia yang dipercayai isteri, Indah Hayati dan anak lelakinya, Elia Immanuel Putra yang terbaring di tempat tidur.
Kali terakhir nampak sebelum pandemik
Menurut jiran di situ, mereka tak pernah bau yang mencurigakan dari rumah tersebut dan kali terakhir melihat Indah adalah sebelum pandemik melanda dunia.
Kata penduduk juga, mereka sangkakan dua beranak itu sudah berpindah kerana pernah mendengar khabar angin bahawa rumah itu mahu dijual. Malah, lampu rumah itu tidak pernah menyala pada malam hari menguatkan andaian mereka.
Jelas Mudjoyo, dia sudah tinggalkan rumah itu sejak 2014 dan kali terakhir berhubung dengan anaknya pada November 2018 namun tidak mengesyaki apa-apa.
Selain kejadian itu, turut menjadi tumpuan adalah permukaan dinding dalam rumah terbabit penuh dengan tulisan luahan panjang yang ditujukan kepada Mudjoyo.
Susulan itu, pihak polis sedang menyiasat punca sebenar dua beranak itu meninggal dan meminta saksi kejadian tampil membuat laporan.
Sumber: Tribun News, X