Satu hantaran daripada personaliti TV, Keanu Azman telah mencuri tumpuan ramai warganet apabila dia secara spontannya meluahkan aktivis kemanusiaan Hazwani Helmi merupakan ciri-ciri wanita yang ideal buat dirinya.
Disebabkan itu, ramai netizen yang berseloroh dan mencuba tag aktivis itu dengan harapan mahu ‘kenen-kenenkan’ mereka berdua.
Artikel berkaitan : “Dia f*ght polis” – Kerana Koordinator GSF, Iylia, Heliza & Hazwani Tidak Perlu Tanggal Tudung
Artikel berkaitan : “Kami dilayan seperti binatang” – Hazwani Helmi Dedah Pengalaman Dalam Tahanan
View on Threads
Menjengah ke ruangan komen dilihat ramai netizen seolah-olah memberikan green light buat mereka berdoa sampaikan ada yang mendoakan agar mereka dijodohkan.
Memandangkan hantaran ini tular, ia telah menarik perhatian Heliza Helmi dan nak dipendekkan cerita, Keanu terserempak dengan Heliza dan Hazwani hari ini dan ini respon Heliza.
View on Threads
Heliza dan Hazwani Helmi merupakan antara delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk di sana.
Nama Keanu Azman pula menjadi tumpuan netizen sebelum ini kerana tindakannya berhenti berkhidmat di sebuah stesen radio kerana enggan memainkan lagu-lagu penyanyi yang menyokong Zionis.