Hidup berumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah, banyak liku-liku yang perlu dihadapi bersama tidak kira susah atau senang.
Seorang individu tanpa nama (anonymous) menerusi aplikasi X meluahkan perasaannya dan dia merupakan seorang suami yang kini mempunyai isteri yang sedang dirawat di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).
Artikel berkaitan: Wanita Terpaksa Gugur Anak Ke-3 Lepas Tahu Suami Pedofilia, Bapa Pernah ‘Usik’ Anak Sulung Perempuan
Artikel berkaitan: “Hadiah anniversary yang terindah” – Suami Isteri Sebak Akhirnya Dapat Zuriat Selepas 16 Tahun Menanti
Dalam ciapan yang dikongsikan oleh @meinmokthar, si suami itu berkata dia kini berada dalam kesedihan apabila isterinya itu dikatakan berada dalam ICU kerana stress yang melampau dek terbeban dengan kerja-kerja sebagai seorang suri rumah.
Semoga dipermudahkan anon and wife pic.twitter.com/VfjosKt2X2
— ?meingl? (@meinmokhtar) May 19, 2024
“Nak jadi cerita, satu hari aku tengok CCTV, wife aku terbaring dekat hall, kalut aku balik rumah.
Sampai rumah wife terkaku baring, anak-anak masih tidur, aku check nadi ada, tapi wife pucat sangat,” tulisnya.
Lelaki itu kemudiannya meminta ibu bapanya untuk menjaga anak-anak dan dia membawa isterinya itu ke hospital.
“Wife aku perlu direhatkan sehingga badan dia dah kuat untuk tak perlu bergantung dengan oxygen. Doktor beritahu pembuluh darah wife pecah, macam-macam doktor soal aku. Doktor cakap punca dia wife stress, penat buat kerja seharian,” tulisnya lagi.
Lebih menyedihkan, pasangan ini dikurniakan dua orang anak yang masih kecil dan suaminya tidak tahu bahawa isterinya itu serba kekurangan dari segi pakaian.

Suaminya itu kini sangat bersalah dan berharap agar isterinya sembuh seperti sedia kala, dia juga tidak berhenti memuji isterinya itu seorang isteri dan ibu yang sangat baik buatnya serta anak-anak, namun dia merasa gagal sebagai seorang suami.
Semoga keluarga ini tabah dengan ujian ini…
Sumber: X
