in

“Berniat jahat” – PA Bella Astillah ‘Spill Tea’, Bagi Penjelasan Pasal Tiket Flight Dengan Muaz

Pa Bella Astillah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, kita dimaklumkan bahawa penyanyi rap, Caprice mendedahkan yang dia pernah menjadi orang tengah dalam kes yang melibatkan Aliff Aziz, Bella Astilah dengan Ruhainies dan Sarah Yasmine ini.

Sebelum ini, Caprice dilihat ada mendedahkan 400 video dan gambar tiket penerbangan Bella Astillah dan Muaz serta mahu melakukan pendedahan berkenaan dengan Bella Astillah.


Terpanggil dengan ‘fitnah’ yang dilontarkan, pembantu peribadi Bella Astillah tampil memberikan keterangan untuk menepis dakwaan yang dikongsikan oleh Caprice itu.

Artikel berkaitan : Mendiang Joanna Felicia Didakwa Pernah Kena Scam, Caprice Minta Kutu Emas Pulangkan Hak Semula

Artikel berkaitan : “I’m out” -Pening Terpalit Kes Bella-Aliff-Ruhainies, Caprice Buat Keputusan Tak Mahu Terlibat

Menurut pemuda yang dikenali sebagai Niel Rafiq, dia mendakwa tindakan membuat perkongsian yang dilakukan oleh Caprice terhadap Bella Astillah merupakan satu niat jahat.

Malah apa yang dikongsikan oleh Caprice berkenaan dengan hubungan Bella dan Muaz juga sudah diperjelaskan dalam sidang media yang dilakukan oleh Bella Astillah sebelum ini.

Bahkan PA Bella juga menegaskan bahawa kejadian tahun lalu itu sebenarnya sudah diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Jelasnya lagi, pihak kelaurga daripada kedua-dua belah pihak juga sudah bersepakat untuk menyimpan aib tersebut selepas Bella akui kesilapan yang dilakukan.

“Namun, apabila perkara itu kembali dikongsi di media sosial, ia membuka lebih banyak ruang untuk orang lain menabur fitnah. Jadi, apa motif dan niat sebenar Caprice berbuat sedemikian?”

Jelasnya lagi, sebagai individu yang dekat dengan Bella, dia berada di setiap masa dan tempat. Bahkan Niel Rafeq juga menegaskan bahawa tiket penerbangan yang dimaksudkan itu adalah ketika Bella berada di Jogjakarta dan Labuan.

Ujarnya, penerbangan yang melibatkan Bella dan Muaz itu hanya 2 kali dan ianya atas tujuan kerja, bukannya satu percutian sepertimana yang dicanang.

Screenshot 2024 04 25 171812

Di samping itu, Niel Rafeq juga ada mengepilkan beberapa fotonya bersama individu lain ketika berada di luar negara bersama Bella.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Niel Rafeq (@nielrafeq)

Sebelum ini Caprice ada membuat kenyataan bahawa dia tidak mahu lagi membantu mana-mana pihak dalam kes ini setelah Sarah Yasmine menukar perancangan untuk mendedahkan isu itu di media sosial.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.