in

Bermula Hari Ini, Pengembara VTL & Gelembung Langkawi WAJIB Buat Ujian Saringan Setiap Hari!

page vtl 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berkuatkuasa pada hari ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan semua pengembara bagi kategori Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara dan darat serta Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) untuk melakukan ujian saringan setiap hari dari hari ketibaan mereka.

Bukan itu sahaja, pengembara bagi kategori One Stop Centre (OSC) terutama bagi pelawat atau pengunjung perniagaan untuk jangka pendek juga turut terlibat untuk melakukan ujian saringan setiap hari.


Khairy Jamaluddin juga memberitahu di Twitternya selepas quote tweet dari akaun rasmi KKM, pengembara dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Norway, Australia dan France perlu melakukan kuarantin kendiri di rumah dan perlu memakai alat pengesan digital.

Tindakan dari KKM ini dikuatkuasakan sebagai langkah untuk mengukuhkan lagi pencegahan penularan varian baharu yang telah membimbangkan rakyat Malaysia iaitu varian Omicron yang kini telah mempunyai kes di negara kita.

20211208 080326

20211208 080329

20211208 080331

Tambah KJ lagi, selain dari lengkap divaksin, pengembara bagi kategori tersebut dan dari negara-negara yang terlibat juga perlu melakukan ujian PCR untuk dua hari sebelum berlepas ke Malaysia sebagai langkah pencegahan risiko penularan wabak Covid-19.

Menurutnya juga, semua keputusan ujian perlu dikemaskini melalui aplikasi MySejahtera manakala pengembara dari negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara, mereka harus menjalani ujian PCR Covid-19 dalam masa dua hari sebelum berlepas ke Malaysia.

Baca: [TERKINI] Varian Omicron Telah Dikesan Di Malaysia – KJ

untitled 1 3

Sumber: KKM
Sumber: KKM
Sumber: KKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.