in

“Berlumba atas jalan, accident teruk orang lain jadi mangsa”-Jalan Ulu Yam ‘Hotspot’ Lumba Kereta Secara Haram

Kemalangan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada awal pagi Ahad semalam, sebuah kemalangan berlaku melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Ulu Yam Gombak Batu 23 dan telah menyebabkan jumlah kecederaan sebanyak tiga orang.


Menerusi sebuah video yang dikongsi di laman Twitter, kemalangan tersebut dipercayai akibat daripada sekumpulan kereta yang memotong di kawasan double-line. Menurut komen, kumpulan pemandu kereta tersebut difahamkan merekod video pemanduan mereka dan menjadikan ia sebagai content di Youtube.

Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata kemalangan didapati berlaku apabila sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer cuba memotong kenderaan di hadapannya.

Pemandu Mitsubishi Lancer tersebut dikatakan cuba untuk memotong sebuah Perodua Bezza tetapi gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

“Kemalangan tersebut juga melibatkan sebuah kereta Perodua Bezza dan sebuah kereta jenis Volkswagen,” kata Superintendan Azman dalam kenyataannya pada Ahad. Beliau berkata lagi, kemalangan tersebut telah mengakibatkan seorang pemandu serta dua penumpang Perodua Bezza warga Vietnam berusia 24 hingga 30 tahun yang mengalami kecederaan dan sedang menerima lawatan di Hospital Selayang.

“Siasatan lanjut berkaitan kemalangan ini masih lagi dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Baca:Kemalangan Jalan Ipoh: Pemandu Lori Penyebab ‘Accident’ Positif Dadah

Collage 11 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.