in

“Berkatalah benda yang baik” – Abang Ipar Nidza Afham Minta Netizen Henti Buat Spekulasi Tentang Arwah

Abang Ipar Nidza Afham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Abang ipar kepada Allahyarham Nidza Afham iaitu Effie Amron meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai berita kematian penyanyi itu.

Menurut Effie dalam satu hantaran di Facebook, pelbagai berita tidak sahih disebarkan berkaitan kematian adik iparnya itu.


Justeru, Effie memohon semua pihak berkata dan mendoakan yang terbaik buat ketika ini selain perlu menjaga diri susulan kes ini.

“Harap tolong hentikan segala rekaan spekulasi, konspirasi dan kronologi semua.

“Jaga diri semua, jaga diri, jaga diri dan tolong jaga diri baik baik. Berkatalah benda benda yang baik. Bila kita jadi baik nanti ramai sayang, Allah pun sayang,” katanya.

Artikel berkaitan: “Hormati perasaan kami” – Aufahanie Mohon Gambar Arwah Abang Ketika Ditemui Tidak Disebar

Artikel berkaitan: Abang Penyanyi Aufahanie Dilaporkan Hilang, Terjumpa Dompet & Telefon Pintar Atas Jambatan Sg Klang

Screenshot 2024 08 15 121134

Sementara itu, Effie menyatakan dia reda dengan pemergian adik iparnya selepas Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penemuan mayat lelaki dewasa di sungai sekitar Jambatan Sungai Klang, kira-kira jam 7 petang semalam.

Difahamkan, dia antara yang membuat pengecaman di tempat kejadian berdasarkan wajah dan baju yang dipakai Nidza.

Setakat artikel ini ditulis, keluarga masih menanti keputusan bedah siasat dan belum mengetahui keadaan sebenar jenazah Allahyarham Nidza sama ada dalam keadaan sempurna atau mempunyai sebarang kecederaan.

“Kami harap yang baik-baik sebab tak tahu bagaimana keadaan sebenar jenazah.

“Ada kecederaan atau tidak, kami memang tak tahu. Memang saya harap yang baik-baik dan semoga jenazah tidak terseksa,” kata Irfahanie.

Menurut sumber, jenazah Allahyarham Nidza akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Puncak Alam pada hari ini.

Sumber: Facebook, Kosmo!, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.