in

Berita Ustaz Ismail Kamus Meninggal Dunia Tidak Benar, Henti Sebar Maklumat Palsu

Untitled Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedih setiap kali terbaca kes sebaran maklumat palsu mengenai individu tertentu meninggal dunia, sedangkan tuan badan sihat Alhamdulillah je keadaannya.


Kali ini, pendakwah terkenal Ustaz Ismail Kamus pula yang menjadi mangsa.

Berikutan tersebarnya berita palsu yang mengatakan Ustaz Ismail meninggal dunia, Pengarah Urusan Ikhtiar Syifa Sdn Bhd tampil memberikan penjelasan.

Menerusi laman Facebook rasmi Ustaz Ismail, Abdul Hadi Jusoh berkata khabar itu adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Fb Tok 1

Malah, dalam satu perkongsian video yang dimuatnaik semalam — Ustaz Ismail sendiri turut tampil menafikan penularan khabar palsu itu.

Kan sihat je tu? Sebenarnya Ustaz Ismail baru saja menjalani pembedahan kecil di Institut Jantung Negara dan beliau kini berada dalam keadaan stabil.

Terkesan dengan penyebaran berita tidak benar itu, PU Rahmat dan pengguna media sosial lain tampil bersuara.

Twittok2

Twitttok1

Apa pun, semoga Ustaz Ismail beransur sembuh dan kembali sihat seperti sediakala untuk terus menurunkan ilmu agama kepada anak bangsa.

Pengajaran buat semua, semaklah dahulu kesahihan sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Haa sambung sendiri…

 

Baca: Baca 30 Juzuk 1 Malam, Solat Tarawih Paling Lama Sampai 8 Jam

B272834F Be73 4B33 989A F0D75Ab55100 169
Sumber: detikcom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.