in

“Berhenti kalau tak ikhlas!” – Kata Lelaki Sebelum Tampar ‘Cashier’ Hamil Hanya Sebab Barang Tercampak Keluar Plastik

Ft Tampar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari pasaraya pasti akan dipenuhi pelanggan jadi tak hairanlah pelbagai ragam mereka yang korang boleh rasai sendiri mahupun melihat di depan mata.


Yang sama ialah, kedua-dua pihak mesti pantang jika barang atau wang dihempas atau terhempas. Boleh gaduh!

 

‘Cashier’ tergesa-gesa sampai tercampak satu barang keluar plastik

Seorang wanita bernama Nor Ain Shafinaz Nor Azman berusia 24 tahun telah membuat satu laporan polis susulan kejadian dirinya ditampar oleh seorang lelaki atas alasan tak munasabah semasa dia menjalankan tugasnya sebagai cashier di salah sebuah pasaraya di Klang.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada 9.30 malam pada Ahad lalu berpunca apabila juruwang terbabit tergesa-gesa memasukkan barangan seorang pelanggan wanita ke dalam plastik hingga tak perasan satu barang tercampak keluar, lapor Kosmo.

Wanita terbabit berang dan membebel, namun, saya tidak ambil peduli dan meneruskan kerja. Namun, beberapa saat kemudian, suami wanita ini yang berada di luar kedai meluru ke arah kaunter sambil membebel dan terus menampar pipi belah kiri.

Tampar

Malah, lelaki ini juga mempersoalkan insiden barang yang dibeli isterinya tercampak keluar ketika membuat bayaran dan meminta saya berhenti kerja jika tidak ikhlas dan berminat untuk terus bekerja.”

Mangsa yang sedang hamil lima bulan bimbang pelaku akan melakukan hal yang sama di masa hadapan, Nor Ain telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Raja kira-kira pukul 11.30 malam.

 

Pemandu lori ais ditahan, ada rekod jenayah dan dadah

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, suspek lelaki berusia 38 tahun itu berjaya ditangkap pukul 8.30 malam tadi di rumahnya di sekitar daerah tersebut.

Siasatan polis mendapati suspek bekerja sebagai pemandu lori ais batu dan semakan mendapati mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Lelaki tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

 

Baca : [Video] Gila! Ragut Rantai Tampar Wanita Dalam Farmasi, Sondol 6 Kereta Sebab Nak Lari Selamatkan Diri

Tampar1

Sumber: blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.