Beberapa bulan yang lalu, syarikat terkemuka elektronik dunia, Apple melancarkan produk terkini mereka, iPhone 13. Tampil dengan harga yang mencecah ribuan ringgit, peminat iPhone tidak kisah untuk berbelanja tinggi untuk mendapatkan telefon bimbit itu.
Mungkin untuk memiliki iPhone 13 Pro Max versi ini, peminat iPhone akan berfikir beberapa kali. Mana tidaknya, iPhone keluaran Caviar ini tampil dengan gigi T-Rex berusia 80 juta tahun.
Menurut laporan Daily Mail, iPhone 13 Pro Max tersebut diberi nama Tyrannophone. Bukan sekadar rekaan kepala T-Rex pada badan iPhone itu, tetapi imej haiwan pra-sejarah itu dicetak secara 3D.
Mata T-Rex itu adalah dari batu jenis amber, dan salah satu giginya adalah sebahagian daripada gigi sebenar T-Rex. iPhone tu juga tampil bersama kemasan emas tulen bagi mengambarkan kemewahannya.
Hanya ada 7 unit iPhone ini di dunia dan harganya bermula $8,610 bersamaan kira-kira RM 38,000. Tyrannophone ini juga tambil dengan kapasiti 1 terabite.
Ada yang berminat nak beli ke iPhone gigi T-Rex ni?
Baca: Tiada Pembalut Plastik, Ini Cara Baharu Pembungkusan Kotak iPhone