in

“Berdarah baju dia” – Ibu Hampa Bayi Berusia 6 Bulan Digigit Lebih 8 Kali Oleh Anak Pengasuh

Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai ibu bapa kini menggunakan perkhidmatan pengasuh bagi memudahkan rutin harian, terutamanya buat ibu bapa yang bekerja.

Sudah pastinya, ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak namun ada kalanya nasib tidak menyebelahi mereka apabila anak-anak diperlakukan dengan buruk di bawah jagaan pengasuh.


Artikel berkaitan: Mengadu Takut Pergi Taska, Ibu Luluh Bila Dapat Tahu Anak Didera Pengasuh

Artikel berkaitan: Lagi Kes Dera Di Taska, Pengasuh Tampar & Tekup Bayi Hingga Lebam

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang bayi berusia 6 bulan didakwa telah digigit lebih 8 kali oleh anak kepada pengasuh sehinggakan terdapat tompokan darah di baju bayi berkenaan.

3

Dalam perkongsian di Facebook, wanita berkenaan meluahkan rasa hampanya apabila bayinya yang berusia 6 bulan itu diperlakukan sebegitu meskipun ia baru hari pertamanya dijaga oleh pengasuh tersebut.

Selain itu, difahamkan abang kepada bayi itu juga turut mempunyai kesan birat di bahagian muka seperti ditampar oleh orang dewasa, insiden tersebut menyebabkan kanak-kanak itu trauma dan tidak mahu dihantar ke pengasuh itu.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Bahrain Mohd Noh menyatakan pihaknya telah menerima laporan kejadian tersebut yang dibuat ibu bayi itu pada pukul 5.30 petang, Rabu lalu.

“Laporan dibuat wanita berkenaan mengenai kes anak yang berumur enam bulan mempunyai kesan gigitan di badan disyaki digigit oleh anak pengasuh yang berusia tiga tahun.

Hasil siasatan, pengasuh merupakan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an telah dikenalpasti dan akan dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya.

Setakat artikel ini ditulis, tiada informasi berkenaan lokasi tepat insiden tersebut berlaku dan kes ini masih dalam sisatan polis.

Sumber: X, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.