Dalam fasa bercinta, penting untuk kita mengenali pasangan kita luar dan dalam, jangan hanya rasa cinta semata-mata terutamanya jika mula berkenalan di alam maya.
Seperti wanita ini, sepanjang 3 tahun penjawat awam ini bercinta dengan seorang peniaga yang kini sudah menjadi suaminya, mereka tidak pernah melihat paras rupa masing-masing sehingga mereka merancang untuk bernikah.
Artikel Berkaitan : [VIDEO] Ngeri! Ustaz Kongsi Kisah Sepasang Suami Isteri Disihir Guna Tali Kasut
Artikel Berkaitan : Suami Isteri Jual Anak Umur 8 Bulan Semata-mata Nak Beli iPhone 14 Untuk Upload Reels
Katanya, sepanjang masa mereka bercinta, mereka bersumpah dan berjanji untuk terima kekurangan masing-masing. Namun dilihat wanita ini seperti mengingkari janji selepas mereka bersua buat kali pertama.
Selepas 3 bulan berjumpa, wanita ini meluahkan rasa kecewa dengan penampilan suaminya yang berbadan besar dan berbeza warna kulit dengannya.

“Pada mulanya, saya nak block dia, tapi teringat janji kami, saya terpaksa teruskan. Tapi sumpah, selepas jumpa dia, rasa cinta hilang dan berubah menjadi jijik. Tapi saya kesiankan dia. Saya terpaksa terima dia,” luahnya.
Selepas nikah, wanita ini mengakui dia tidak rela disentuh oleh suami. Jelasnya, biarpun tidak menafikan yang suaminya itu pembersih dan sopan santun, tetapi dia tetap merasa tak sanggup.
Lebih teruk lagi, wanita ini risau zuriat yang dia miliki nanti tak comel mengenangkan paras rupa suaminya yang tidak memuaskan dirinya itu. Walau bagaimanapun, wanita ini tidak sanggup untuk tuntut cerai kerana kasihankan suaminya, tetapi bila ajak ‘bersama’ wanita ini seringkali menolak dengan alasan tidak bersedia.
Hurm, macam gitu pula ya ragam manusia? Apa pendapat korang?
Sumber : Facebook
