in

“Bercakap baik pun tak salah sebenarnya” – Datin Shahida Respon Kritikan Sup Jolo Sharnaaz Ahmad

Shahida2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas video pelakon Sharnaaz Ahmad buat review makanan jadi viral ekoran dengan komen jujurnya terhadap rasa produk makanan keluaran pengasas kosmetik Dato’ Aliff Syukri.

Video dari saluran YouTube miliknya yang dimuatnaik hujung bulan April lalu jadi perhatian minggu lalu kerana Datuk Chef Wan tampil back up Sharnaaz selepas namanya di dipetik pada penghujung review tersebut.


 

Bercakap baik-baik pun tak salah sebenarnya – Datin Shahida

Disebabkan itu, isteri kepada pemilik produk makanan tersebut, Datin Shahida tampil memberikan respon apabila ada netizen bertanyakan hal ini menerusi sesi Q&A di IG Story.

Mengulas pandangan Sharnaaz, Datin Shahida menjelaskan bahawa ia adalah pendapat dan cita rasa masing-masing.

“Terpulang pada citarasa dan pandangan individu. Lain orang lain rasa dan cara. Saya sendiri selalu sahaja review makanan orang bagi pada saya. Tak ada bayaran pun.”

Bagaimanapun, Datin Shahida menjelaskan, biarpun dia ada banyak review dan mungkin ada antaranya tak kena dengan selera, dia tidak akan bagi pandangan buruk.

“Tapi saya tak pernah review yang buruk-buruk sebab tak sedap di tekak saya. Mungkin sedap di tekak orang. Sedap ditekak saya, tak tentu sedap di tekak orang. Jadi bercakap baik-baik pun tak salah sebenarnya.”

Shahida

Sebelum ini, Datuk Chef Wan ada menegur Aliff Syukri berkenaan dengan ulasan daripada Sharnaaz Ahmad, kata beliau tindakan hati-hati sepatutnya dilakukan dan perlu laburkan kepada orang yang betul jika ingin mengendalikan perniagaan makanan.

 

Baca : “Orang berniaga makanan kau pun nak jugak” – Sharnaaz ‘Hentam’ Produk Makanan Aliff Syukri, Ini Respon Chef Wan 

Sharnazz

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.